Projek PPR Bera manifestasi kerjasama erat Kerajaan Persekutuan, negeri – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PROJEK Program Perumahan Rakyat (PPR) Bera disifatkan manifestasi kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Pahang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Projek PPR Bera dibangunkan bagi memenuhi keperluan tempat kediaman untuk mereka yang berkelayakan dan berpendapatan rendah namun masih belum memiliki rumah.

Bagi merealisasikan rumah mampu milik untuk Keluarga Malaysia, Perdana Menteri berkata, Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) akan membantu daripada segi pemberian subsidi manakala Kerajaan Negeri Pahang pula menyediakan tanah.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pentadbiran kerajaan negeri kerana buat pertama kali berjaya mengutip hasil mencecah RM1 bilion dan menarik pelaburan berjumlah RM20.56 bilion seperti diumumkan dalam Belanjawan Pahang 2023.

“Pencapaian ini merupakan bukti jelas tentang kemampuan Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan pembangunan ekonomi berterusan pada masa depan selain memelihara kemakmuran dan kesejahteraan rakyat termasuk kebajikan warga Keluarga Malaysia Bera.

Baca artikel berkaitan: Kerajaan utamakan pembangunan digital, komited wujud masyarakat celik teknologi – PM

“Sekali lagi saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang yang sentiasa mendukung dan sama-sama memberi kerjasama jitu dalam menjayakan inisiatif-inisiatif Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pecah Tanah PPR Bera, hari ini.

Mengulas mengenai projek tersebut, Perdana Menteri berkata, ia adalah projek baharu yang telah diluluskan pelaksanaannya di bawah peruntukan pembangunan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022.

Menurut beliau, projek perumahan itu akan dilaksanakan di Bandar 34, Parlimen Bera yang melibatkan pembinaan 1,000 unit rumah teres satu tingkat berserta kemudahan asas di atas tapak tanah milik kerajaan negeri seluas 90 ekar.

Pada masa sama, Ismail Sabri memaklumkan, Projek PPR Bera juga akan menyediakan 10 unit rumah kepada orang kurang upaya (OKU).

“Walaupun projek PPR ini adalah khusus untuk golongan berpendapatan rendah, kerajaan sentiasa menitikberatkan keselesaan Keluarga Malaysia dengan memberikan penekanan kepada aspek saiz, reka bentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah.

“Projek PPR Bera ini berkonsepkan kawasan kejiranan perumahan moden yang selesa dan selamat dengan setiap unit rumah berkeluasan 750 kaki persegi dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur dan langkan,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This