Sikap suka berhutang ini memang sukar nak diubah. Lagi susah nak diubah ialah lepas pinjam, buat-buat lupa. Terus tak bayar dan ‘block’ semua akses. Memang parah.
Menurut Azira Aziz, warga Malaysia yang menetap di Norway, sepanjang berada di sana, jarang sekali warganegara itu meminjam duit. Berbeza keadaannya sewaktu dia berada di Malaysia.
Ulasnya, sikap meminjam ini seakan-akan sudah menjadi budaya orang Malaysia. Malah jelasnya, budaya berhutang hatta dengan keluarga sendiri perlu dihentikan. Ikuti perkongsiannya.
“Sejak saya duk Norway,
Satu benda paling saya perasan adalah,
‘Jarang orang mintak pinjam duit’.
Pernah sekali dua orang pinjam duit,
Itu pun orang melayu kita.
Tapi, bayar balik dengan kadar segera.
Bertahun dah tak jumpa.
Semasa di Malaysia,
Agak kerap jugak orang nak pinjam duit.
Ada jugak yang buat-buat lupa bayar duit kita.
?
Bila difikirkan balik,
Agaknya ini antara “budaya” yang dah terbiasa.
Saya tak pasti dengan anak perantau di Norway yang lain punya pengalaman bersama dengan orang norwegian,
Namun, buat masa ni,
-Jiran,
-Kenalan norwegian,
-Rakan sekerja orang norwegian sendiri pun memang jenis yang tak mintak pinjam duit.
1) Kemungkinan sebab “cashless society”.
Hidup tanpa wang tunai. Guna kad saje.
Tapi boleh bagi duit guna aplikasi Vipps.
2) Kemungkinan orang-orang di sini mungkin cukup duit masing-masing.
Tak membudayakan meminjam duit.
Gaji pun masing-masing boleh tahan.
3) Jika susah, kerajaan Norway bantu melalui Nav. Nav adalah Jabatan Kebajikan dan Kerjaya di Norway.
Apapun,
Hentikan membudayakan berhutang hatta dengan keluarga sekalipun.
▪︎Jangan jadi penunggang agama mengatakan dah pinjam duit tak perlu bayar segera.
Hutang adalah hutang.
▪︎Wajib langsaikan segera sebelum mati.
▪︎Cek dulu nak pinjam untuk apa.
Cek diri cukup ke tidak sebelum nak bagi pinjam pada orang.
Kita pun sesak macamana nak bagi pinjam pada orang, betul tak?
▪︎Fahamkan beza antara bagi pinjam dan sedekah.
Bab pinjam wajib mintak semula.
Tak perlu berlembut hati tiba-tiba tukar jadi sedekah pulek ?
Apa kata kalian?
#orangperakdoknorway
?musim luruh ?? di Vigelandsparken, Oslo.”
Kredit : Azira Aziz

