Naga Kramat, aksi bertenaga Wings di konsert penutup

Dari Penulis

Pentas ZEPP Kuala Lumpur menjadi lokasi terakhir Wings beraksi di atas pentas untuk tahun ini. Di hadapan kira-kira 2,500 penonton pada malam Sabtu lalu, band rock otai itu ‘mengganas’ memberikan persembahan bertenaga untuk peminat mereka yang sudah mula berkumpul seawal jam 5 petang.

Tirai pembukaan Konsert Naga Kramat itu dimulakan dengan lagu Entah Kiri Entah Kanan, Jumpa Hilang dan Lubuk Pusing yang merupakan seleksi lagu dari album Naga Kramat yang diterbitkan pada tahun 2002. Ia merupakan album ke-10 dan merupakan album pertama Awie selepas kembali menyertai Wings.

Seterusnya, Awie terus menghiburkan peminat dengan seleksi lagu hits kumpulan itu seperti Opera Hidup, Hukum Karma, Ingatkan Dia, Jerangkung Dalam Almari, Taman Rashidah Utama, Bujang Senang, Seroja dan Gemuruh.

Malah, penonton turut disajikan dengan nostalgia lalu apabila Awie mendendangkan tiga buah lagu band rock barat iaitu Are’s Lament dari kumpulan Loudness, juga He’s a Woman She’s A Man dan Is There Anybody There dari kumpulan Scorpions.

Awie bersama ahli kumpulan yang terdiri daripada Edrie (gitar), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar) mampu membuat rata-rata penonton yang menjangkau usia 40 tahun ke atas terhibur menyanyi dan bertenaga bergoyang kepala bersama.

Penonton turut terhibur dengan celoteh Awie yang lucu, namun sebenarnya terselit banyak sindiran halus. Sebanyak 24 buah lagu dipersembahkan pada malam itu.

Konsert anjuran MW Mega dan Awie Entertainment itu adalah persembahan terakhir Wings tahun ini, sebelum mereka berangkat menunaikan umrah dan berehat panjang sehingga tahun depan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kaki drama bersorak! Viu & iQIYI bergabung tenaga, tawar pakej langganan ‘dua dalam satu’

BERITA baik buat penggemar tegar naskhah dari rantau Asia! Dalam satu pengumuman yang menggegarkan industri hiburan digital serantau hari...

More Articles Like This