PERKHIDMATAN pesanan popular, WhatsApp dilaporkan mengalami masalah gangguan dipercayai berlaku di seluruh dunia.
Gangguan tersebut membuatkan pengguna tidak dapat menghantar atau menerima pesanan baharu.
Memetik laporan Channel News Asia, laman web Downdetector menyaksikan peningkatan laporan dihantar daripada pengguna.
Kata kunci ‘WhatsApp’ turut sohor di Twitter dengan 602,000 ciapan di Malaysia sehingga pukul 4.15 petang ini.
Laporan lain menyatakan bahawa masalah gangguan itu berkemungkinan besar berpunca daripada sistem pelayan utama.
Baca artikel berkaitan: Facebook, WhatsApp dan Instagram alami gangguan
Sebelum ini, platform mesej popular berkenaan pernah mengalami masalah sama beberapa bulan lalu apabila pengguna turut menghadapi masalah iaitu tidak boleh menghantar serta menerima mesej baharu.
Bagaimanapun, pengendali platform tersebut masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung masalah berkenaan.
Namun begitu, jurucakap syarikat induk WhatsApp iaitu Meta memaklumkan menyedari masalah yang berlaku dan berusaha memulihkannya secepat mungkin.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

