Kementerian Komunikasi tak pernah keluar peraturan penggunaan WhatsApp

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Komunikasi menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks untuk aplikasi WhatsApp.

Sehubungan itu, Kementerian Komunikasi menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu.

Menurut kementerian itu, sebarang penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, penyebar berita palsu juga boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Merujuk kepada maklumat yang tular berhubung peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks WhatsApp, Kementerian Komunikasi tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara ini.

Baca artikel lain: Kementerian Komunikasi kerjasama dengan META bangunkan WhatsApp Chatbot, perangi berita palsu

“Sentiasa semak kesahihan maklumat melalui portal Sebenarnya.my dan MyCheck Malaysia,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, tular mesej kononnya peraturan komunikasi baharu diperkenalkan bagi penggunaan WhatsApp melalui suara dan video yang akan dilaksanakan mulai esok.

Menurut mesej berkenaan, semua panggilan akan dirakam dan semua rakaman panggilan akan disimpan selain WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram dan semua media sosial akan dipantau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This