Koleksi lukisan potret Syed Wafa akan dibukukan, lebih 1,000 wajah artis tanah air, antarabangsa & VVIP

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PAMERAN lukisan illustrasi “WAJAH DAN WADAH SYED WAFA” sempena EKSPRESI@FINAS pada 23 dan 24 Oktober lalu adalah antara sisipan popular yang diminati para pembaca setia Majalah URTV terbitan Utusan Melayu (M) Bhd. bermula tahun 1997 hingga 2002 yang mencatatkan edaran 120,000 (setiap awal bulan) sementara 90,000 edaran setiap pertengahan bulan.

Eksklusif dan uniknya lukisan illustrasi ini bukan sahaja mempamerkan daya kreativiti dan sentuhan seni Syed Yusof Wafa atau Wafa malah ia turut mengabadikan tulisan tangan yang asli para artis berkenaan.

Artis yang menjadi pilihan Wafa bukan setakat dari Malaysia malah dari luar negara antaranya Michael Jackson, Justin Bieber, Celine Dion, Mariah Carey, Roger Federar, Mahir Zain, Avril Lavigne, Shah Rukh, Engelbert Humperdinck dan ramai lagi yang sememangnya menjadi pujaan ramai .

Sebab itu, tidak hairanlah sisipan yang pernah menghiasi satu muka surat URTV diberi keistimewaan ‘hadir’ dengan ‘art paper’ kerana ia bukan sahaja menjadi pilihan pembaca setia malah ia juga menjadi hiasan fail para pelajar.

Sebagai pelukis eksklusif pertama di Malaysia, Wafa diberi penghormatan melukis illustrasi wajah artis terkenal luar negara dan kemudian diserahkan sendiri kepada artis berkenaan.

Kebanyakan mereka amat menghargai dan berpuas hati dengan karyanya dan merupakan cenderahati yang amat berharga dari Malaysia untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Bukan itu sahaja, malah Wafa juga turut melukis illustrasi wajah artis tanah air serta para VVIP.

Setakat ini, dia telah menghasilkan lebih 1,000 lukisan dan pernah mengadakan lima pameran solo terbesar antaranya di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay dan di Dewan Bukit Damansara.

Keunikan sentuhan dan pendekatannya dalam menghasilkan setiap potret artis dan VVIP pilihannya telah menarik perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Profesor Dr. Md. Nasir Ibrahim untuk mengundangnya menyertai EKSPRESI@FINAS.

Penyertaan “WAJAH DAN MADAH SYED WAFA” ini adalah kesinambungan daripada dua perbincangan antaranya dengan Md. Nasir dan bahagian penerbitan buku FINAS baru-baru ini.

Melalui perbincangan itu, pada dasarnya FINAS berminat untuk menerbitkan buku ‘coffee table’ WAJAH DAN MADAH” tidak lama lagi.

Difahamkan, buku berkenaan akan diterbitkan sebanyak 100 muka surat.

Selain itu pada acara yang sama EKSPIRASI @ FINAS sempena ‘Imbas Kembali & Layar Bintang’ Wafa juga diberi kepercayaan untuk melukis wajah seniman legenda tanah air iaitu Allahyarham Hussein Abu Hassan.

Lukisan itu telah disampaikan oleh Pengerusi FINAS, Senator Datuk Seri Zurainah Musa kepada keluarga Allahyarham.

Walaupun hanya diberi masa dua hari untuk melukis illustrasi wajah seniman berkenaan tetapi Wafa dapat menunaikan permintaan Pengerusi FINAS dengan baik dan keluarga seniman legenda itu amat gembira dan terharu hasil lukisannya.

Wafa juga terharu ramai rakan artis yg turut hadir memberi sokongan pada pameran tersebut antaranya Rozita Che Wan, Fikry Ibrahim, Datuk A.Aida, Zuhairi Ibrahim, Farahdhiya, Rozita Rohaizad, Shila Mambo dan ramai lagi.

“Saya amat terharu dengan penghormatan yang diberi oleh FINAS kerana mengundang saya menyertai pameran berkenaan dan buku ‘coffee table “WAJAH DAN MADAH” yang akan diterbitkan tidak lama lagi merupakan pertama kali di Malaysia yang menghimpunkan lukisan wajah selebriti terkenal bersama catatan dan tanda tangan mereka sendiri,” katanya.

Pastinya para peminat artis kesukaan mereka tidak akan melepaskan peluang untuk memilik buku tersebut apabila berada di pasaran nanti.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This