Kontraktor pendawaian TM ditemukan lemas

Dari Penulis

Kegembiraan tiga sekawan memancing di Sungai Ketil, Taman Wangi, Gua Musang, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas.

Mangsa Ahmad Raihan Hanif Yusoff, 35, ditemukan lemas kira-kira 6 petang tadi.

Rakan mangsa, Muhammad Syafiq Azmi, 23, berkata mereka bertiga yang bekerja sebagai kontraktor pendawaian Telekom Malaysia (TM) datang ke lokasi tersebut selepas tamat waktu kerja untuk memancing kira-kira 12 tengah hari.

“Kejadian berlaku apabila Ahmad Raihan ingin merentasi sungai untuk datang ke tempat saya yang berada di seberang sungai, tetapi mangsa terjatuh ke dalam air yang berarus deras, saya sempat memegang tangan mangsa sebelum turut tenggelam.

“Saya tidak dapat menarik Ahmad Raihan ke atas dan pegangan tangan kami terlepas, mangsa juga tidak tahu berenang,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini. 

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut kira-kira 3.30 petang. 

“Keadaan sungai berbatu dan kedalaman sungai adalah tidak sekata, mangsa telah ditemukan tersangkut pada kayu di dalam air jarak 10 meter dari tempat jatuh,” katanya.

— BERNAMA

Wednesday, 26 October 2022


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This