PM ingatkan jentera BN jangan abaikan lima juta pengundi baharu, tingkat libat urus

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak mengabaikan kuasa mengundi hampir lima juta pemilih baharu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri berkata kebanyakan daripada mereka ini terdiri daripada pengundi tidak berparti dan kumpulan pengundi muda, justeru libat urus bersama mereka tegasnya perlu dipertingkatkan supaya mereka dapat menyokong BN.

Bercakap di hadapan kira-kira 6,000 penyokong BN, di sini, hari ini Naib Presiden UMNO itu menyifatkan kumpulan ini sebagai undi yang penting dan tanpa sokongan mereka, sukar untuk BN menguasai kerajaan semula.

Baca artikel lain: Kerajaan serius jaga kemaslahatan Keluarga Malaysia termasuk warga FELDA – PM

“Sebab itu saya harap kita semua sama-sama bekerja kuat bukan sahaja untuk mendapatkan pengundi putih supaya terus kekal bersama kita, tetapi juga mendapatkan sokongan daripada mereka yang atas pagar dan tidak berparti supaya menyokong kita.

“Insya-Allah kalau mereka sokong kita, pengundi putih kita kekalkan untuk terus sokong kita, Insya-Allah DUN (Dewan Undangan Negeri) yang kita pertandingkan, Parlimen yang kita pertandingkan pasti akan dikuasai kita, BN,” katanya.

-BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This