PRU15: BN selesaikan dahulu pembahagian kerusi antara komponen

Dari Penulis

BARISAN Nasional (BN) akan menyelesaikan soal pembahagian kerusi di kalangan semua parti komponennya terlebih dahulu sebelum boleh mengetengahkan calon daripada ‘Friends of BN’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menurutnya, BN kini sudah di peringkat akhir untuk memuktamadkan pembahagian kerusi di kalangan semua parti komponennya.

Mahdzir berkata keempat-empat parti dalam BN iaitu UMNO, MCA, MIC dan PBRS perlu mencapai persetujuan bersama dalam soal pemberian kerusi kepada Friends of BN.

“Semua (parti komponen BN) secara prinsipnya perlu ada persetujuan, itu yang kita hendak,” kata Menteri Pembangunan Luar Bandar itu kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Kemahiran Malaysia Jabatan Kemajuan Masyarakat Ke-13 di sini hari ini.

Baca artikel lain: PM ingatkan jentera BN jangan abaikan lima juta pengundi baharu, tingkat libat urus

Mahdzir berkata BN sudah memuktamadkan calonnya di beberapa kerusi tertentu, manakala ada kawasan tertentu kini di peringkat akhir proses penentuan calon yang akan bertanding.

“Dalam BN dari Perlis sampai Johor sudah ada kerusi Parlimen yang dah final, tapi ada lagi tempat yang kita nak buat final lap siapa yang patut bertanding,” katanya.

-BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This