Kerajaan serius jaga kemaslahatan Keluarga Malaysia termasuk warga FELDA – PM

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN sentiasa serius dalam menjaga kemaslahatan Keluarga Malaysia termasuklah warga FELDA, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ujar beliau, perkara itu dapat dibuktikan dengan pelbagai inisiatif diumumkan saban tahun untuk meningkatkan taraf hidup peneroka FELDA.

Perdana Menteri berkata, antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah melibatkan model Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang ditambah baik dengan memperkenalkan inisiatif lot generasi FELDA.

Jelasnya, sebanyak 8,670 unit lot generasi FELDA telah dikenal pasti dan 770 unit telah pun dilaksanakan secara undian lot.

“Saya juga mengumumkan dana berjumlah RM20 juta yang diperuntukkan menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan kepada pinjaman-pinjaman perumahan dalam kalangan generasi baharu FELDA.

“Di bawah skim ini, mereka tidak memerlukan sebarang cagaran bagi membuat pinjaman tertakluk sehingga dana ini habis dimanfaatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Himpunan Keluarga FELDA Teguh Bersama di Bera, hari ini.

Baca lagi: Perak minta JKPTG wujud polisi baharu bina rumah generasi kedua Felda

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Projek PGBF yang terbengkalai melibatkan 1,400 unit juga akan disiapkan menerusi inisiatif pembiayaan swasta dengan kos pembangunan RM204 juta.

Katanya, projek perumahan itu akan dimulakan pada bulan Disember ini dan dijangka siap untuk diduduki pada bulan Disember 2024.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga mengambil inisiatif untuk menubujkan Tabung Usahawan Belia FELDA dengan dana pusingan RM10 juta.

Jelas beliau, langkah itu bagi memberikan peluang kepada generasi baharu untuk melebarkan perniagaan mereka.

“Sejumlah 23 permohonan telah diterima di peringkat wilayah dan permohonan ini seterusnya akan dibawa ke peringkat ibu pejabat untuk kelulusan.

“Saya menyeru kepada FELDA supaya menyegerakan proses ini bagi memastikan manfaat kepada generasi baharu dapat dioptimumkan.

“ Usahawan generasi baharu ini mesti dibantu kerana mereka juga antara penggerak Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang signifikan sumbangannya kepada ekonomi negara iaitu 45 peratus daripada KDNK,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ismael Saibari jadi wira, Maghribi kecewakan Belanda langkah ke pusingan 16

MAGHRIBI meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026 selepas berjaya menewaskan Belanda 3-2 dalam penentuan sepakan penalti,...

More Articles Like This