Cukup hamparkan tikar dan nikmati keindahan Norway, negara paling cantik dunia

Dari Penulis

Norway, cukup terkenal bagi pemburu aurora borealis bagi melihat gemerlapan cahaya magis di langit. Namun jarang sekali keindahan lanskapnya diperlihatkan.

Menurut perkongsian Cikgu Loh, Norway merupakan negara paling cantik di dunia dan setiap yang datang pasti terpegun dengan pemandangan saujana mata memandang.

Malah jelasnya, melihat Fjord di depan mata dengan hamparan tikar sambil menghirup udara segar sudah cukup membuatkan seseorang terbuai dan terpesona.

“Norway merupakan sebuah negara paling tercantik di dunia. Sesiapa yang datang ke sini memang confirm terpegun dengan landskap view & Fjordnya. ?

Sepanjang saya bermusafir di serata dunia, saya letakkan Norway adalah negara tercantik di dunia, diikuti Iceland, Canada, Switzerland, Krygystan dan New Zealand.

Negara tercantik, Norway ini menyimpan banyak khazanah Fjord seperti Sognefjord, HardangerFjord, AurlandFjord, NaeroFjord, GeirangerFjord, TrondheimFjord, NordFjord dan banyak lagi yang sememangnya anda kaget apabila melihat keindahan yang cukup mengasyikan ini!

Mesti anda tertanya maksud Fjord kan? Fjord ialah laut & tasik turquoise yang masuk ke daratan di antara banjaran gunung -ganang yang curam. Nak nampak bagaimana rupa Fjord, boleh lihat di gambar yang saya sertakan di bawah.

Selain pengeksport terbesar ikan Salmon di dunia, Norway juga terkenal dengan pembuatan brown cheese. Negara ini juga terkenal kerana industri terbesar di negara ini ialah minyak & gas selain dalam sektor pelancongan yang banyak membantu ekonomi GDP negara ini.

Jika anda dah datang Norway, singgahlah ke Oslo, Bergen, Tromso, Stryn, Voss, Flam, Lofoten, Svalbard, Geiranger, Bodo , Kirkenes & banyak lagi lokasi yang cukup menarik.

Satu perkara yang membuatkan saya selalu KEEP COMING ke Norway ini sememangnya jiwa saya bersifat Naturalis yang cukup suka melihat keindahan alam & kesegaran udaranya.

Cukuplah saya hamparkan tikar, melihat Fjord di depan mata, menghirup udara segar dan terbaring berjam-jam lamanya melihat landskap yang cukup mempesonakan di negara ini.

Membuatkan lagi best, Norway juga terkenal dengan Top 5 Negara paling bersih di dunia, paling aman di dunia, paling kurang kadar rasuah di dunia, bekalan air paling bersih di dunia, sistem Pendidikan yang berkualiti tinggi dan Norway juga antara negara terkaya di dunia?

Sungguh jika anda diberi rezeki, datanglah ke sini. Simpanlah duit dan lihatlah dunia yang ALLAH kurniakan di sekeliling kita. Takjub & Syukur akan keindahan DariNYA.?

#tripnorway2023″

Kredit : Cikgu Loh


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This