Mulianya hati, orang ramai bantu kutip duit RM12,500 bertaburan atas jalan

Dari Penulis

BERPULUH-PULUH pemandu dan penumpang penumpang kereta bertindak berhenti di tepi jalan bagi membantu seorang wanita kutip kembali wang berjumlah 100,000 baht atau RM12,500 selepas ia bertaburan di atas jalan raya.

Menurut laporan TheThaiger.com, kejadian berlaku di Khon Kaen, wilayah Isaan, Thailand Rabu lalu.

@utusantvofficial

Bagus betul orang² Thailand, kalau kat Malaysia agak² dapat balik tak ?. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Wang itu bertaburan selepas ditinggalkan di tepi jalan oleh seorang pekerja wanita tersebut tanpa disengajakan.

Klip video kejadian yang tular di negara Gajah Putih itu telah dikongsi seorang pengguna TikTok Sutasinee Buachaban.

Dalam video itu kelihatan para pemandu kereta meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi membantu wanita itu mengutip wang kertas 100 baht yang bertaburan sepanjang jalan.

“Terima kasih kepada semua mereka yang berhati mulia. Saya telah menghubungi polis dan mereka telah memulangkan wang kepada pemiliknya,” kata Sutasinee.

Baca artikel berkaitan: Lelaki Nepal silap masuk rumah orang, tidur di atas sofa

Menurut wanita berkenaan, seorang pemandu lori secara tidak sengaja meletakkan wang tersebut pada tangga pintu kenderaannya.

Dia kemudian terlupa mengenai wang itu dan terus memandu sehingga menyebabkan wang tersebut berterbangan di atas jalan raya.

Tauke pemandu itu, Supornthip Pakdee kemudian mendedahkan bahawa dia mengeluarkan wang berjumlah 100,000 baht dari sebuah bank dan memberikan  kepada pekerjanya untuk membeli ubi kayu.

Menurut Supornthip, dia mendapat semula sebilangan besar wang miliknya berjumlah 92,000 baht (RM11,500).

Bagaimanapun, wang berjumlah 8,000 baht (RM1,000) lagi dilaporkan hilang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Datuk’ disyaki ketua kongsi gelap antara 291 ditahan, dadah RM6.26 juta dirampas

SEORANG lelaki bergelar 'Datuk' dipercayai ketua sebuah kumpulan kongsi gelap menjadi antara 291 individu ditahan dalam Op Gaurus dilaksanakan...

More Articles Like This