Polis kesan Zamri Vinoth, Tamim Dahri lari ke Thailand – KPN

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

POLIS mengesahkan penceramah bebas, Zamri Vinoth dan aktivis Tamim Dahri yang disiasat melibatkan beberapa kes berasingan telah melarikan ke Thailand.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, usaha mengesan dua individu terbabit sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand.

Menurut beliau, pertuduhan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat selepas kedua-dua suspek berjaya dikesan dan dibawa pulang.

Mohd Khalid berkata, siasatan terhadap Zamri berhubung kenyataannya pada perhimpunan di ibu negara pada 7 Februari lepas telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

“Arahan pertuduhan melibatkan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

“Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

“Bagi siasatan terhadap Zamri berhubung kenyataan yang berbaur penghinaan terhadap kaum India, kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat pengarah pendakwaan Pulau Pinang untuk arahan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Mohd Khalid berkata, siasatan terhadap Tamim berhubung tindakan merosakkan soolam yang menjadi simbol suci bagi agama Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar, Langkawi, juga telah selesai.

Katanya, kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat pengarah pendakwaan negeri Kedah.

“Aarahan pertuduhan adalah mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu merosakkan atau mencemarkan apa-apa benda yang dipegang suci oleh mana-mana golongan orang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan orang.

“Jika disabitkan hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya,” katanya.

Mohd Khalid menambah, PDRM memberi jaminan akan sentiasa komited dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam kegiatan yang boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Aminuddin umum DUN Negeri Sembilan bubar berkuat kuasa esok

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebentar tadi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa esok. Katanya,...

More Articles Like This