2,000 penonton banjiri festival gendang & tari di Menara Condong

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

FESTIVAL Paluan Gendang Malaysia & Tari Joget Pahang 2022 yang berlangsung di Menara Condong, Teluk Intan, Perak baru-baru ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan dihadiri lebih 2,000 penonton.

Majlis anjuran WAFA Gallery yang berlangsung pada 29 Oktober lalu diadakan bagi menyemarakkan seni dan budaya melalui dana geran sepadan yang diberikan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Festival gilang-gemilang itu turut mendapat kerjasama Persatuan Penulis Peminat Sastera Perak serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Perak.

Malam Gala Festival Paluan Gendang Malaysia & Tari Joget Pahang ’22 ini dirasmikan Setiausaha Bahagian Dasar Kebudayaan MOTAC, Dr. Tan Awang Besar.

Majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Exco Kerajaan Negeri Perak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Pengarah Urusan WAFA Gallery, Syed Yusof Wafa Syed Nordin.

Malah, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Ramdhatun Ajma Jemail, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak, Abdul Rashid Abdullah, Ketua Pengarah MOTAC, Perak, Asrul Zakaria dan Penghulu Nor Hisyam Abd Kadir turut hadir pada acara terbabit.

Dalam ucapannya, Dr Tan Awang Besar menyeru para penggiat seni mengambil peluang melalui dana yang MOTAC sediakan.

Dr. Tan Awang Besar menyeru lebih ramai persatuan kesenian merebut peluang dana yang diberikan kerajaan

“Melalui inisiatif kerajaan dalam memaju dan memartabatkan industri seni, budaya dan warisan, kerajaan telah menyediakan sejumlah besar peruntukan dalam bentuk geran.

“Geran ini bagi penggiat seni, pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan dapat melaksanakan program-program seni, budaya dan warisan selaras dengan wawasan kerajaan dalam merancakkan gelembung ekonomi di dalam sektor pelancongan.

“Saya berharap, persatuan tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bersama- sama menyertai inisiatif kerajaan dan merebut peluang bagi mendapatkan geran dan peruntukan seperti yang saya nyatakan tadi,” katanya.

Memulakan acara, majlis disajikan dengan persembahan seni silat gayung Malaysia oleh anak-anak dari Astaka Kota Nilam.

Seterusnya pengunjung dihiburkan dengan persembahan Raja Syair Nusantara, Roslan Madun dengan dendangan syair serta lagu rakyatnya yang cukup popular sekarang ini iaitu, Lemak Manis.

Penyanyi Jamilah Abu Bakar yang popular dengan lagu berirama tradisional, zapin dan keroncong akan tampil dengan lagu Sayang Di Sayang dan Cikgu Meera atau nama sebenarnya Nur Ameera Nabila Azmi dengan lagu Rindu Merindu. Jamilah dan Cikgu Meera juga akan berduet menyanyikan lagu popular nyanyian Datuk Siti Nurhaliza iaitu Nirmala.

Kamrul Hussin atau lebih dikenali @waklong pensyarah Kanan di Konservatori Muzik Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM, Shah Alam pula bertindak sebagai konduktor persembahan orkestra muzik tradisional turut mempamerkan persembahan unik pukulan gendangnya bersama anak-anak buahnya.

Antara persembahan gendang yang turut dipamerkan ialah gendang rebana ibu Dikir Barat, gendang India (Tabla), gendang Cina (Shigu), gendang Bhangra (Dhol), gendang Sarawak (Ketubong) dan gendang Sabah (Bajau).

Majlis turut dihangatkan dengan persembahan empat penyanyi, Jamilah, Meera, Roslan Madun dan Zuhairi Ibrahim menyanyikan lagu Ayo Mama, Kemasyhuran, Kurik Kendi dan Joget Pahang sebelum mengakhiri majlis. Selain joget Pahang, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan dari artis budaya JKKN Perak dengan tarian India iaitu kolatham dan Cina (tanglung).

Bagi memeriahkan majlis, festival Paluan Gendang Malaysia & Tari Joget Pahang 2022 diakhiri dengan persembahan joget lambak artis bersama tetamu dan penonton yang berada disekeliling Menara Condong, Teluk Intan, Perak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This