A. Aida setuju Idris Khan selesai kes langgar kontrak luar mahkamah, Amelia Henderson tetap teruskan perbicaraan

Dari Penulis

KEMELUT antara penerbit Datuk A.Aida dan pelakon Idris Khan nampaknya akan menemui titik noktah apabila mereka sepakat untuk menyelesaikan kes melanggar perjanjian kontrak penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali secara baik di luar mahkamah.

Memetik laporan mStar, A.Aida selaku plaintif telah menarik balik saman terhadap Idris yang merupakan defendan kedua tanpa kebebasan memfailkan semula kes terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Idris Khan difitnah, Amelia Henderson tarik diri disebabkan skrip & watak berbeza, Langgar kontrak, A Aida saman Amelia Henderson & Idris Khan

Keputusan itu dibuat ketika perbicaraan hari pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, puku; 11.30 pagi, hari ini.

Amelia Henderson pilih untuk teruskan kes saman di mahkamah

Peguam yang mewakili Idris iaitu Jason Wee membuat permohonan agar kes berkenaan diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Ia dipersetujui A.Aida menerusi wakil peguam pihaknya, Ashmadi Othman.

Penyelesaian yang dibuat di hadapan hakim Zulqarnain Hassan turut mencapai kata sepakat bahawa tiada sebarang tanggungan pada kedua-dua belah pihak.

Walau bagaimanapun, Idris diperintahkan untuk membayar RM3,780 kepada plaintif selain tidak boleh memfailkan saman malu terhadap A.Aida.

Sementara itu, dalam perbicaraan sama, defendan pertama iaitu aktres Amelia Henderson tetap dengan keputusannya untuk meneruskan perbicaraan.

Terdahulu, A.Aida selaku penerbit drama Sekali Lagi Cinta Kembali telah memafailkan saman terhadap Idris dan Amelia kerana didakwa menarik diri daripada membintangi naskhah terbabit pada saat akhir.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This