Sahabat AIM: Jualan cecah RM60,000 sebulan selepas dibantu melalui pinjaman AIM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERNAH makan mi segera untuk mengalas perut. Itu antara perjalanan hidup yang terpaksa dilalui seorang wanita sewaktu mula menjalankan perniagaan pada awal 1998.

Bukan itu saja, Norhayati Ahmad, 46, berkata, dia dan suami Ahmad Hussain, 50, hanya mampu membeli sekilogram beras dan lima biji telur untuk dimakan bersama dua anak mereka.

Katanya, hidup mereka sekeluarga bagaimanapun beransur-ansur berubah menjadi lebih baik selepas membuat pinjaman dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 2003.

“Saya mula membuat pinjaman menerusi Skim Mesra sebanyak RM3,000 untuk kelangsungan perniagaan perkhidmatan percetakan, selepas itu perniagaan saya mula stabil, bagaimanapun pada 2004, kedai yang disewa di Pekan Batu Lima terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek naik taraf jalan raya.

“Kerajaan beri pampasan kepada kami sebanyak RM20,000. Pada 2005 saya dan suami membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan menjual tiang roman yang dibuat sendiri.

Baca artikel lain: “Isteri yang menutup kemiskinan suaminya,” – Bagaimana sikap isteri andai suami tidak mampu? Teladani kisah ini

“Alhamdulillah jualan ketika itu sangat baik dan pelanggan ketika itu mula bertanya kenapa kami tidak jual pasir, kayu, simen dan barang hardware lain, jadi pada 2007 kami mula mengumpul modal dan menambah barang hardware bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Saya kemudian dibenarkan membuat pinjaman AIM sehingga RM30,000 bagi mengembangkan perniagaan.

“Saya bersyukur kerana pegawai-pegawai AIM sangat mempercayai dan memudahkan urusan saya,” katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Merbau Kudung.

Menurut Norhayati atau lebih dikenali sebagai Kak Ti, dua tahun lalu dia berjaya membuka kedai runcit bersebelahan kedai hardware miliknya dan turut menjual pelbagai makanan sejuk beku.

“Apabila berniaga di kampung, tidak dinafikan ramai yang akan berhutang ketika membeli barang, ada yang bayar selepas beberapa hari dan ada juga yang datang bayar selepas beberapa tahun namun terdapat juga pelnggan yang langsung tak bayar.

“Dalam keadaan ini saya masih perlu buat pinjaman daripada AIM untuk pusingan modal. Sepanjang 20 tahun ini saya sudah pinjam keseluruhan kira-kira RM100,000 untuk kelangsungan perniagaan saya, Alhamdulillah saya gunakan wang pinjaman itu sebaik mungkin.

“Terima kasih saya ucapkan kepada AIM kerana mempercayai saya untuk memberi pinjaman, melalui AIM saya dapat kembangkan perniagaan sehingga ke tahap ini, sekarang sayalah yang menguruskan perniagaan hardware manakala suami saya sudah mempunyai perniagaanya sendiri sebagai kontraktor,” katanya.

Ibu kepada enam anak ini berkata, selepas lebih 20 tahun dalam dunia perniagaan, dia kini mampu memperoleh jualan kira-kira RM60,000 sebulan dengan pendapatan bersih kira-kira RM15,000 sebulan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This