“Isteri yang menutup kemiskinan suaminya,” – Bagaimana sikap isteri andai suami tidak mampu? Teladani kisah ini

Dari Penulis

Menjadi tugas isteri melengkapi segenap aspek kehidupan si suami dan begitu juga sebaliknya. Kelemahan si isteri disempurnakan dengan adanya suami dan kekurangan suami ditutupi sebaiknya si isteri.

Kisah yang dikongsikan Sha Ramson Abdullah akan pengorbanan seorang isteri dalam menutup kemiskinan suami hatta di hadapan keluarganya menjadi pedoman dan kayu pengukur bagaimana sikap sang isteri andai suami tidak mampu dari sudut kewangan.

“ISTERI YANG MENUTUP KEMISKINAN SUAMINYA

Ada seorang suami yang menangis sedikit teresak disisi sahabatnya. Lalu sahabatnya bertanya :

“Kenapa kau menangis?”

Suami itu menjawab :

“Isteri aku sedang demam.”

Sahabatnya bertanya lagi :

“Seberapa hebat sayangnya engkau kepadanya? Hingga dia demam sahaja pun engkau sudah menangis seperti ini?”

Suami itu menjawab lagi :

“Kau tak kenal isteri aku itu bagaimana..”

Dia pun mula menceritakan…

“Aku ini miskin. Aku ni tak ada kerja tetap. Setiap hari keluarga aku hanya makan kacang, itupun jika aku dapat balik awal. Pernah ketika aku tak dapat balik rumah, isteri aku hanya ada 2 pilihan sahaja. Sama ada dia akan berpuasa atau minum air putih sepanjang hari.”

“Satu hari, aku sekeluarga dijemput oleh mertua aku ke rumahnya. Memang isteri aku dari kalangan keluarga yang agak berada. Masa aku sedang duduk-duduk berbual bersama mertua dengan hidangan yang lazat dan enak, mata aku tak nampak di mana isteri aku berada. Lalu aku bertanya kepada mertuaku sama ada dia nampak isteri aku ada di mana..”

Ibu mertua aku menjawab :

“Isteri kamu ada di dapur, dia mencari kacang. Katanya dia sudah agak jemu dengan lauk daging, ayam dan semacamnya sehingga dia teringin cuma nak makan kacang.”

Ayah mertuaku yang mendengar terus mencelah :

“Terima kasih banyak-banyak kerana jaga anak kami. Secukupnya diberi nafkah dan seeloknya dijaga sampai ayam dan daging pun dia terasa jemu.”

“Saat itu dadaku terasa sesak sekali. Aku seupayanya menahan agar tidak menangis. Sekalipun hati aku sebenarnya tidak dapat menahan tangisan. Lalu saat sudah balik ke rumah, setibanya di rumah aku terus memeluk erat isteriku sambil menangis teresak-esak”.

“Wahai isteriku. Sebegitu sekali kau menjaga keaiban dan kekurangan suamimu hatta di pandangan ayah ibumu sendiri. Sedangkan ku tahu terlalu banyak kekurangan yang ada padaku sehingga dirimu selalu hampir tak makan seharian.”

Isteri aku menjawab :

“Aku harus menjalankan tanggungjawabku. Tanggungjawabku adalah menjaga sepenuhnya kehormatanmu wahai suami. Soal tanggungjawabmu kepadaku, aku sentiasa berdoa agar Allah lah yang akan mempermudahkan untukmu melaksanakannya. Kerana aku menjadi isterimu, keranaNya.”

Mari semak diri kita bagaimana sikap kita bila berdepan dengan suami yang tak mampu.

.

seketoi sha

hamba Allah yang lemah, faqir dan hina”

Kredit : Sha Ramson Abdullah


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This