Ada pelbagai resipi nasi ayam yang dikongsikan dan terpulang kepada selera masing-masing sukakan versi yang bagaimana. Ada yang sukakan Nasi Ayam Hainan dan ada juga yang sukakan ayam versi garing rangup.
Resipi yang dikongsikan Fatyn Zamry ini sesuai bagi mereka yang mahukan rasa ayam juicy dan manis karamel.
“Kadang beli nasi ayam tak puas sebab ayam dia goreng macam keras sikit.. nak share resepi cara kami, belajaq dari kawan dulu.. Alhamdulillah memang sedap dan lembut crispy.. Anak2 dijamin suka.
RESIPI AYAM PERAP UNTUK NASI AYAM :
Bahan :
1 ekor Ayam
2 labu Bawang besar*
5 ulas Bawang putih*
1 inci Halia (besar ibu jari)*
Serbuk jintan manis & jintan putih
Serbuk ketumbar
Kicap pekat manis (saya guna mudim)
Gula perang (boleh guna gula pasir)
Garam dan serbuk hilal

Cara :
1) Rebus separa masak ayam. Jangan sampai masak terus takut nanti isi hancur.
2) Kisar bahan bertanda *
3) Dah separa masak, toskan. (air rebusan jangan buang, boleh masuk dalam sup. Dalam mangkuk asing, campur bahan kisar dengan 1 sudu kecil jintan manis, 1 sudu kecil jintan putih, 1 sudu kecil serbuk ketumbar.
4) Kacau dan masukkan gula perang/gula pasir 3-4 sudu besar, kicap manis 4-5 sudu besar. Sedikit serbuk hilal dan garam agak-agak, saya letak dalam separuh sudu kecil sebab kicap dah masin.
5) Lepas bahan perapan dah siap campur, tuang dalam ayam tadi. Gaul perlahan sebab ayam sudah lembut.
Lepas sejam boleh goreng, goreng tak perlu lama sangat sebab ayam dah masak dalam, hanya nak bagi bahagian luar tu garing crispy rasa berempah manis karamel gitu.
Selamat mencuba.”

Kredit : Fatyn Zamry

