Remaja nyaris maut, tayar lori meletup ketika pam angin

Dari Penulis

SEORANG remaja Thailand berusia 19 tahun nyaris maut selepas sebiji tayar lori tiba-tiba meletup ketika dia sedang mengepam angin di sebuah bengkel di daerah Phimai, Wilayah Nakhon Ratchasima, petang kelmarin.

Klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian tersebut yang tular menunjukkan remaja itu terselamat meskipun letupan kuat berlaku.

Memetik laporan News.ch7, remaja yang dikenali sebagai Supachai Chutiyaranon merupakan pelajar kolej automotif yang menjalani latihan praktikal di bengkel tersebut.

Sebelum kejadian berlaku Supachain dikatakan ingin mengepam angin pada sebiji tayar belakang sebuah lori yang sedang diselenggara di bengkel itu.

Menurut laporan, Supachain terlihat tayar lori itu seolah-olah terlebih angin dan ingin mengepam semula kepada paras yang sepatutnya.

Baca artikel ; Lelaki cedera SUV dirempuh tayar lori ‘terbang’ dekat Elite

Namun, ketika berbuat demikian, secara tiba-tiba tayar itu meletup.

Menerusi rakaman CCTV Supachain dilihat terkena tayar berkenaan sebelum terguling ke tanah lalu bingkas berlari ke arah pemilik bengkel.

Seluar yang dipakai Supachain ketika kejadian terkoyak akibat letupan yang berlaku.

Supachain bernasib baik hanya mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tindak-tanduk Kor Ming tak cerminkan kredibiliti menteri – MCA

TINDAK-TANDUK Nga Kor Ming disifatkan tidak mencerminkan kredibilitinya sebagai seorang menteri Kabinet. Sebaliknya, Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong...

More Articles Like This