Pemandu Cefiro parah tercampak ke cerun sedalam 10 meter

Dari Penulis

SEORANG lelaki cedera parah selepas tercampak keluar dari sebuah kereta sebelum terjatuh ke cerun sedalam hampir 10 meter di Batu 18, Jalan Bangi lama, Kajang, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 9.40 pagi.

Beliau berkata, kejadian berlaku sewaktu pemandu berusia 24 tahun dalam perjalanan dari Bangi ke Bandar Seri Putra.

“Sampai di lokasi, pemandu telah hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan dan terkeluar dari kereta sebelum tercampak ke dalam cerun sedalam 10 meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Serdang bagi menerima rawatan.

Zaid berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat lnspektor Isa Ahmad di talian 0164436149 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi dikerahkan ke lokasi kejadian.

Baca artikel : Pejalan kaki maut dilanggar lori tangki dekat Karak

“Bomba tiba 11 minit kemudian dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Cefiro telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi lemah magnitud 3.3 berlaku di perairan Batu Pahat

SATU gempa bumi lemah dilapor telah berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada pukul 1.17 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia...

More Articles Like This