Pusat Beli Belah Toppen meraikan sambutan ulang tahun ke-3 dengan pelancaran kempen “Ringgit Kasi Tariiik” menerusi pelbagai tawaran hebat, promosi dan hadiah serta menyertai pelbagai acara menarik. Kempen ini bertujuan untuk mengingatkan  rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya akibat dari inflasi  bahawa Pusat Beli Belah Toppen mempunyai pelbagai tawaran yang mampu memenuhi saiz dompet yang berbeza-beza.

Menurut Vasilisa Kuznetsova, Pengurus Besar Pusat Beli Belah Toppen, hasratnya adalah untuk menjadikan pusat membeli belah ini sebagai lokasi pilihan utama komuniti Johor untuk menjalankan pelbagai aktiviti bersama keluarga.

“Hasrat kami adalah untuk menjadikan Toppen sebagai lokasi pilihan utama komuniti Johor untuk membeli-belah, bersantai bersama keluarga serta menjalankan pelbagai aktiviti melibatkan komuniti setempat. Setakat ini, Toppen telah menjadi tuan rumah kepada 450 acara yang dianjurkan oleh komuniti setempat.

Oleh itu, sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka, kami berbesar hati meraikan sambutan ulang tahun ke-3 ini dengan menawarkan pelbagai tawaran hebat, ganjaran dan acara yang boleh mereka sertai. Melangkah ke hadapan, kami komited untuk memastikan Toppen terus berkembang dan antara usaha yang dilakukan termasuk memperkenalkan tawaran baharu untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup pelanggan kami,” ulasnya.

Natasha Aziz, Head of Customer Experience and Digital of Ikano Centre turut teruja meraikan pelbagai aktiviti sepanjang kempen berlangsung. Ulasnya, Toppen merupakan satu daripada lima pusat membeli belah di bawah Ikano Centres di mana empat terletak di Malaysia dan sebuah lagi di Bangkok.

“Ikano Centres mempunyai lima cawangan pusat membeli belah, dua di Kuala Lumpur, satu di Johor, satu di Bangkok dan satu lagi bakal dibuka di Batu Kawan, Penang. Buat masa ini cawangan di Batu Kawan dinamakan Klippa Shopping Centre yang bermaksud batu dalam bahasa Swedish. Kami akan membuka sebuah lagi fasa di sana pada suku pertama tahun 2023 dan saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada komuniti,” jelasnya kepada media.

Menangi Trip ke Qatar 2022

Bersempena dengan Piala Dunia FIFA Qatar 2022, Toppen turut menawarkan hadiah dua tiket ke Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022, penerbangan pergi balik, penginapan 5H4M di Qatar dan jersi yang ditandatangani secara eksklusif oleh Lionel Messi, Sadio Mane atau Son Heung-Min. Bermula 3 hingga 10 November, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM30 di mana-mana kedai di Toppen dan layak menyertai cabutan bertuah.

Pemenang akan diumumkan secara langsung semasa acara hujung minggu ulang tahun ke-3 Pusat Membeli-belah Toppen yang dijadualkan berlangsung dari 11 November hingga 13 November.

Toppen akan menganjurkan pelbagai aktiviti dan persembahan di Atrium Utama dan atas bumbung terbuka The Topp sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahunnya. Pengunjung akan dihiburkan dengan pertunjukan perkusi, persembahan band, flash mob dan lain-lain. Bagi pengunjung yang membawa keluarga, mereka juga boleh mengambil bahagian dalam bengkel seni dan kraf percuma untuk kanak-kanak.

Kemuncak sambutan itu akan dimeriahkan dengan persembahan muzik oleh artis dan penyanyi rap tempatan seperti DC Willie, Haziq Haze, Rudeen, Citibois Worldwide, B-Heart, PFTDMusic, Chronicalz dan Forceparkbois.

Aktiviti menarik di Pusat Membeli-belah Toppen

Pembukaan Lulu Grocer, konsep pasar raya halal yang dilancarkan pada penghujung Oktober akan menjadi tumpuan utama sambutan kali ini. Sebagai promosi pembukaannya, Lulu Grocer mengadakan Festival Makanan Laut dari 4 November hingga 13 November dengan tawaran bernilai hebat. Selain itu, Lulu Grocer akan memberikan diskaun tambahan sempena jualan 11.11.

Toppen juga akan menganjurkan Makan Anniversary Festival mulai 24 November, dengan penyertaan lebih 70 gerai makanan untuk penggemar makanan. Menjadi pelengkap kepada pesta ini ialah acara Larian Splash 5-kilometer Toppen pada 26 November yang memberi peluang kepada orang ramai untuk berlari menyusuri jalan-jalan di Tebrau dan menyertai aktiviti berasaskan air yang menyeronokkan.

Mulai 3 hingga 13 November , pelanggan yang mengunjungi pusat membeli-belah itu akan turut diberikan tempat letak kereta percuma untuk tempoh tiga jam pertama setiap hari. Di samping itu, pelanggan juga boleh menuntut e-Baucar RM20 untuk setiap 13 botol plastik yang dikitar semula di Pusat Kitar Semula & Beli Balik (RBBC) pusat itu.