Mewarnai kehidupan rakyat Malaysia sejak Disember 2003, pusat beli-belah IPC meraikan ulang tahun yang ke-19 sebagai pusat beli-belah pertama Malaysia yang diterajui oleh IKEA.

Bersempena itu, IPC menyambut musim perayaan dengan pemasangan Krismas didorong kelestarian dengan tema ‘Ӓndra’s Enchanting Garden’ yang menggunakan konsep baharu dan kreatif kitar semula dua kali bagi memastikan pembaziran yang minimum memandangkan dekorasi Krismas akan ditransformasikan dengan lancar kepada dekorasi Tahun Baru Cina dalam beberapa minggu yang akan datang.

Pengurus Besar Pusat Beli-belah IPC, Karyn Lim menyatakan IPC sentiasa berusaha mencari kaedah baharu untuk berinovasi dan menambahbaik fasiliti yang ditawarkan demi penghargaan kepada pengunjung.

“Adalah mengagumkan untuk menyedari kenyataan bahawa IPC telah pun beroperasi selama 19 tahun sambil kami terus memperkaya komuniti dan pembeli-belah kami. Kami terus berusaha mencari kaedah baharu untuk berinovasi dan mempertingkatkan penawaran kami bagi memastikan pembeli-belah menerima yang terbaik daripada kami.

“Menerusi penambahbaikan baharu kepada program kesetiaan kami sehinggalah kepada konsep dwikitaran yang kreatif, kami ingin menetapkan suatu contoh inspirasi kepada pembeli-belah kami bahawa kelestarian adalah menyeronokkan tanpa kompromi. Pada ulang tahun ke-19 ini, kami mempunyai pelbagai hadiah istimewa dan penambahbaikan untuk pembeli-belah dan ahli Tack Club kami sebagai tanda penghargaan kami terhadap sokongan berterusan mereka sejak bertahun-tahun lamanya,” ulasnya.

IPC turut meraikan pencapaian dan kejayaan dan ini merupakan sorotan penting bagi 2022 :

Pelancaran Tråffas Work Pods

Dilancarkan baru-baru ini pada Oktober, IPC melancarkan Träffas Work Pods, iaitu ruang kerja peribadi yang pertama seumpamanya di Malaysia, dilengkapi perabot untuk disewa mengikut jam atau hari dengan lima ruang kerja (work pods) yang selesa bagi mencipta ruang yang unik untuk digunakan oleh para pelawat bagi kerja individu atau perbincangan kumpulan dan mesyuarat.

Terletak di Level 1 Link Bridge, Träffas Work Pods menampilkan estetika reka bentuk yang bergaya, bersih dan berinspirasikan Scandinavia yang dapat memenuhi peralihan kepada model bekerja secara hibrid, fleksibiliti dan keselesaan.

Pembukaan dan penaiktarafan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (Recycle and Buy Back Centre,RBBC) IPC

Pada Julai, IPC melancarkan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (RBBC) yang diubah suai dan dinaik taraf dengan pelbagai penambahbaikan baharu dan ciri yang mesra pengguna, sekali gus mempertingkatkan perjalanan kitar semula pengguna kepada pengalaman digital yang lancar. Selain itu, RBBC baharu ini juga menerima sisa yang termasuk dalam kategori tidak boleh dikitar semula seperti tiub dan mentol lampu, ubat-ubatan, kaca, bateri, sisa elektronik dan sisa makanan dalam usaha untuk mengurangkan lambakan sisa di tapak pelupusan sampah.

Sisa yang berbahaya seperti kaca, bateri dan elektronik dikendalikan secara profesional dan dilupuskan dengan selamat bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar yang diakibatkan oleh toksin dan memastikan bahagian-bahagian yang boleh dikitar semula dikendalikan dengan betul untuk digunakan semula pada masa depan.

Penaiktarafan kemudahan

IPC telah melaksanakan pengembangan dan pengubahsuaian terhadap pelbagai kemudahannya untuk memastikan pengalaman beli-belah yang lebih selesa. Pengubahsuaian dilakukan terhadap bilik-bilik keluarga dengan tambahan pencahayaan, pemasangan lantai antikuman Medintone oleh Armstrong, serta tambahan sistem ventilasi pembersihan udara. Bilik penjagaan juga telah dinaik taraf dan dilengkapi kunci untuk privasi dan keselesaan yang lebih baik serta kawasan permainan bersepadu bagi kanak- kanak.

Sebuah ‘Playland’ baharu telah dibina yang dilengkapi pelbagai peralatan permainan termasuk gelongsor, terowong, dan kawasan memanjat kecil yang berfungsi seperti laluan cabaran untuk diterokai oleh kanak-kanak sambil menikmati kegembiraan. “Funland” sedia ada telah diubah suai dengan set permainan bertemakan dinosaur yang menarik dan panel interaktif bagi kanak-kanak kecil meneroka dan menikmati kegembiraan.

Penambahbaikan tenaga boleh baharu

IPC telah melaksanakan banyak strategi hijau untuk memastikan dan menggalakkan kehidupan yang lebih sihat, lebih lestari dan mampan. Antaranya termasuklah penggunaan teknologi tenaga boleh baharu dengan pemasangan sebanyak 2,370 panel solar di bumbung dan penuaian air hujan yang dituras serta digunakan untuk mengepam tandas dan bagi tujuan pelandskapan. Pusat beli-belah juga mengamalkan pengasingan sisa yang telah berjaya mengurangkan sebanyak 50% daripada sisa umum.