“SAYA terduduk,” demikian reaksi ringkas Norazlina Abu Noh yang memperlihatkan perniagaan kateringnya terjejas sejak pandemik COVID-19 mula menular ke dalam negara.

Nekad untuk menambah baik kehidupan, dia dengan berani menceburi bidang makanan sejuk beku yang kini menerima sambutan menggalakkan.

Namun begitu, katanya, semua itu tidak mungkin berlaku sekiranya kerajaan tidak menyalurkan bantuan seperti Geran Khas Prihatin (GKP) dan beberapa bantuan lain.

“Alhamdulillah bantuan itu adalah kerajaan bagi, adalah sikit untuk buat balik, slow-slow walaupun permulaan itu sambutan itu kurang tapi sekarang lama-lama alhamdulillah okey dah, bertambah maju sikit sebab orang sudah boleh terima produk frozen ini.

“Lepas COVID alhamdulillah produk tetap tak putus, dia punya tempatan semua, agen semua datang cari produk frozen,” katanya.

Pada masa hadapan, Norazlina berharap, lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada peniaga kecil sepertinya terutama alat atau mesin pengadun yang amat diperlukan dalam menggandakan produktiviti.

Rosnani Abu

GKP merupakan satu di antara inisiatif dirancang oleh Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang ditubuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menggalas tugas sebagai Perdana Menteri.

MPN berfungsi sebagai badan penasihat kepada kerajaan dan setiap perakuan MPN dibawa ke Kabinet untuk diluluskan sebelum dilaksanakan di peringkat kementerian.

Antara tugas MPN yang berjaya dilaksanakan adalah pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan mewujudkan kesedaran masyarakat untuk mematuhi prosedur bagi membendung wabak COVID-19.

Menerusi GKP kerajaan akan membantu syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro dalam aliran tunai perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Geran khas sebanyak RM3,000 disediakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN PKS) kepada PKS mikro yang layak dan memanfaatkan hampir 700,000 syarikat di seluruh negara.

Dalam pada itu, seorang lagi peniaga kecil, Rosnani Abu mendedahkan bagaimana COVID-19 telah menyebabkan perniagaan kuih bahulu dan tatnya bergerak perlahan.

Namun, kini ia beransur-ansur pulih terutamanya selepas kerajaan mengambil keputusan untuk membuka semula ekonomi selepas ditutup akibat wabak pandemik berkenaan.

“Bantuan perniagaan daripada kerajaan memang sangat-sangat membantu untuk beli barang-barang mentah, untuk menyambung balik perniagaan saya menjadi lebih baik.

“(Sekarang) Alhamdulillah beransur-ansurlah naik naik bertambah-tambah, orang tempah ada saja, setiap hari memang ada buat bahulu,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram