[VIDEO] Kelly Azman usaha masuk kelas vokal, Dustakan Cinta bukti serius menyanyi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEBRITI serba boleh Kelly Azman menzahirkan rasa terharu apabila komposer Mohariz Yaakup memberi kepercayaan kepadanya untuk menyanyikan lagu Dustakan Cinta.

Dedah Kelly atau Raja Azman Raja Ayob,45, pada asalnya lagu terbabit diciptakan khas buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Walau bagaimanapun, Kelly tetap gembira apabila lagu yang turut mendapat sentuhan penulis lirik NJ dan KR itu akhirnya dilancarkan baru-baru ini.

“Saya bukan penyanyi yang memiliki suara ‘power vocal’ tetapi saya masih mampu menyanyi dan alunan vokal saya berada pada tahap yang sedap untuk di dengar.

“Walaupun ada yang mengeluarkan kata-kata sinis dan memandang rendah dengan kebolehan saya, saya tetap bersemangat untuk berjaya dalam industri seni,” katanya kepada URTV.

Justeru, demi membuktikan dia serius dalam bidang seni suara, Kelly sanggup mendapatkan khidmat guru vokal bersama Cikgu Azreen.

“Saya masuk kelas vokal dengan Cikgu Azreen yang sebelum ini pernah mengajar penyanyi-penyanyi lain.

“Dengan usaha saya ini, alhamdulillah sudah ramai yang memandang saya dari sudut relevan,” ujarnya.

Kelly ditemui pada majlis pelancaran lagu Dustakan Cinta di sebuah hotel di Ampang, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut kisah disebalik lagu Dustakan Cinta, menurut Kelly, karya tersebut merupakan daripada pengalaman sendiri yang pernah putus cinta dan ditipu.

“Saya pernah bercinta dengan seorang pramugari. Namun hubungan terbabit putus disebabkan si dia mahu saya menjadi pramugara.

“Saya gagal dalam sesi temu duga akibat masalah rabun mata. Lama kelamaan, dia terus putuskan hubungan dan mengejar cinta lelaki kaya.

“Sebagai manusia, saya yakin dan percaya kita pernah rasa perasaan ditinggalajn serta ditipu.

“Secara peribadi, Dustakan Cinta membawa mesej simbolik kasih sayang antara dua individu yang telah didustakan,” kongsinya.

Untuk rekod, ini merupakan single keempat Kelly selepas single No No No No, dan dua buah lagu raya iaitu Kepulangan Di Hari Raya serta Nikmat Di Hari Raya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This