TH Plantations Berhad (“THP” atau “Kumpulan”) meneruskan prestasi positifnya dengan mengumumkan Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) sebanyak RM14.4 juta bagi tempoh kewangan suku ketiga TK2022 berbanding RM26.8 juta pada suku yang sama pada 2021.

TH Plantations Berhad (“THP” atau “Kumpulan”) meneruskan prestasi positifnya dengan mengumumkan Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) sebanyak RM14.4 juta bagi tempoh kewangan suku ketiga TK2022 berbanding RM26.8 juta pada suku yang sama TK2021.

Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) Kumpulan bagi tempoh berakhir 30 September 2022, tidak termasuk nilai saksama aset biologi, menunjukkan peningkatan daripada RM84.1 juta kepada RM98.3 juta berbanding tempoh yang sama TK2021.

Hasil bagi suku ketiga meningkat 3.66% kepada RM213.4 juta berbanding RM205.9 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu. Pendapatan yang lebih baik pada suku ketiga ini disumbangkan oleh purata harga realisasi yang lebih tinggi bagi minyak sawit mentah (MSM) sebanyak RM3,997 dan isirong sawit (PK) sebanyak RM2,356 walaupun pengeluaran lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

BERITA BERKAITAN KPPK sambut baik pengumuman penurunan harga minyak sawit

Harga produk minyak sawit dijangka kekal tidak menentu sepanjang suku ke-4 tahun 2022 kerana dijangkakan stok minyak sawit akhir tahun yang lebih tinggi, ketidaktentuan cuaca dan minyak sawit menghampiri musim pengeluaran rendah.

Kumpulan telah mengambil semua langkah yang perlu untuk menangani kekurangan buruh asing dan dijangka akan bertambah baik pada suku keempat. THP juga telah meningkatkan usaha mekanisasi dan inisiatif transformasi di semua ladangnya untuk meningkatkan kecekapan operasi.

THP terus mengambil semua langkah yang perlu untuk menambah baik asas-asas Kumpulan untuk mengukuhkan kecekapan keseluruhan dan pengurusan kos. THP menjangkakan prestasi kewangan yang memuaskan untuk Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2022.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram