Bila datang selera, kadang kala ikan bilis pun boleh buat nasi bertambah. Tak perlu menu mewah seperti sotong atau ketam, cukuplah sekadar ikan bilis dan telur buat sempurnakan keroncong dalam perut.

Menu kali ini cukup ringkas dan mudah dimasak. Tapi jaga-jaga, silap haribulan boleh musnah diet dibuatnya.

“Nie namanya lauk boring hadap ayam, daging..

IKAN BILIS PECAH TELUR

Bahan :

Bawang besar*

Bawang putih*

Cili padi*

Lada besar*

(tumbuk semua bahan bertanda *di atas)

Ikan bilis 2 genggam

Telur 3 biji

Bahan perasa

Cara :

Panaskan minyak, goreng ikan bilis ikut suka nak berapa banyak. Dah garing ketepikan.

Tumis bahan tumbuk (guna minyak goreng ikan bilis tadi je) tadi sampai naik minyak dan garing.

Ketepikan bahan tumis tadi ketepi kuali, pecahkan telur dan hancurkan telur. Masukkan ikan bilis dan campurkan semua, masuk bahan perasa. Siap.

Sedap jugak makan dengan bubur.

#dapocikemma”

Kredit : Emma Haleigh