Rindu Tulus untuk bertemu peminat bakal menghilang dengan adanya konsert di KL, Januari 2023

Dari Penulis

SEPERTI 1000 tahun lamanya tidak bertemu mata dan mendengar suara pemenang anugerah AMI Awards 2022 siapa lagi kalau bukan Tulus nan satu ini.

Terakhir dia memberi persembahan yang cukup bertenaga dan meninggalkan kesan di hati peminat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 2019.

Sudah tentu kemenangan Tulus di AMI Awards 2022 menambahkan lagi debaran dan perasaan peminat tegarnya untuk mendengar lagu-lagu album Manusia dibawakan secara langsung di Kuala Lumpur. Tak dilupakan lagu-lagu nostalgia pada album-album sebelumnya.

Penyanyi yang membawa pulang piala Album Pop Terbaik, Artis Solo Pria Pop Terbaik, Album Terbaik ini juga membawa pulang anugerah Karya Produksi Terbaik untuk lagu Hati-Hati Di Jalan. Lagu yang menjadi tema para peminat dalam bermacam situasi.

Shiraz Projects yang sebelum ini membawakan Tulus secara perdana di Kuala Lumpur melalui Konsert Tulus Live at Istana Budaya dan seterusnya Konsert Sewindu Tour Kuala Lumpur di Dewan Plenari merasa terpanggil dan bertanggungjawab melunaskan kerinduan peminat bagi menonton Tulus mendendangkan lagu-lagu lama dengan dibaluti karya-karya barunya.

Bertempat di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, ambience kali ini bakal mengamit lagi memori dan momen peminat bersama Tulus dalam persembahan yang dinamakan “Fabulous Friday Presents Tulus”.

Bakal diadakan pada 6 Januari 2023, pukul 8.30 malam, tiket-tiket boleh didapati di www.myticket.asia.

“Adalah menjadi tanggungjawab kami membawakan semula Tulus ke Kuala Lumpur. Kita sedia maklum bahawa Tulus akan muncul dengan lagu-lagu berkualitinya yang akan dibawakan bersama bandnya yang cukup kompak.

“Kehadiran Tulus, saya percaya bukan sahaja akan melunaskan kerinduan para peminat tegarnya tetapi juga kita dapat belajar tentang produksi dan karya yang baik daripada rakan seni seberang.

“Saya percaya bahawa hal-hal seperti ini wajar kita kongsi dan bawakan untuk dipersembahkan bukan sahaja sebagai hiburan tetapi pengalaman,” ujar Shiraz yang merupakan Pengarah Urusan Shiraz Projects.

Tulus juga sudah tidak sabar untuk bertemu para peminat dengan mempersembahkan lagu-lagu daripada album Manusia buat kali pertama.

“Lama betul tidak bertemu dengan para peminat di Kuala Lumpur. Semoga rindu ini menghilang ketika kita bertemu di Dewan Plenari kelak.

“Kita bakal menyanyi bersama-sama,” ujar Tulus.

Tiket-tiket dengan harga RM950 (VIP), RM550 (Diamond), RM450 (Platinum), RM350 (Gold) dan RM250 (Silver) sudah mula dijual.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This