Uniknya pilihan raya di negara ini, masih kekalkan tradisi lama guna guli kaca untuk mengundi

Dari Penulis

Memandangkan kini kita sedang hangat dengan musim pilihan raya, kali ini kami ingin menceritakan tentang sebuah negara yang mempunyai cara mengundi ‘old school’ namun tampak unik.

Negara itu ialah Republik Gambia, sebuah negara kecil dalam benua Afrika. Tahukah anda, negara ini masih menggunakan cara lama dalam sistem pilihan raya mereka di mana para pengundi akan mengundi menggunakan guli kaca.

Pada zaman moden ini, kebanyakan sistem undian dalam pilihan raya dijalankan menggunakan kertas undi. Tetapi, ia berbeza dengan Gambia. Sejak negara ini mendapat kemerdekaan dari penjajahan British pada tahun 1965, rakyat di negara itu masih menggunakan guli kaca dalam membuat undian untuk menentukan pemerintah mereka.

Penggunaan guli kaca ini masih digunakan sehingga sekarang. Kali terakhir Gambia mengadakan pilihan raya pada Disember 2021.

Gambia, negara yang masih menggunakan cara lama dalam mengundi.
Rakyat Gambia menggunakan guli kaca dalam sistem undian.

Sebenarnya, sekitar tahun 1950-an, rakyat Gambia telah diberi peluang untuk mengundi bagi memilih majlis kerajaan mereka walaupun ketika itu mereka masih berada di bawah jajahan British.

Tetapi, kadar buta huruf yang tinggi di kalangan rakyat Gambia menyebabkan sistem undian ketika itu yang dilakukan menggunakan kertas undi terlalu banyak yang rosak.

Disebabkan itu, sistem lama yang pernah diamalkan pada zaman dulu iaitu menggunakan guli mula diamalkan dalam pilihan raya di Gambia.

Caranya mudah. Seorang pengundi akan diberi satu biji guli. Pengundi itu kemudian akan memasukkan guli itu ke dalam tong calon yang dipilihnya. Pada tong-tong undian itu, akan diwarnakan mengikut parti juga ditampal kertas wajah calon yang bertanding bagi memudahkan pengundi mengenal pasti calon mana yang akan diundi.

Setelah selesai proses undian, tong-tong itu akan dibuka dan jumlah guli di dalamnya akan dikira dan direkodkan bagi menentukan siapa pemenangnya.

Rakyat Gambia akan memasukkan guli ke dalam tong calon pilihan mereka.

Untuk mengira guli itu juga unik. Mereka menggunakan sejenis papan yang berlubang-lubang pada permukaannya dan mampu memuatkan satu jumlah besar untuk guli itu dikira serentak. Contohnya papan yang mempunyai 100 lubang, 200 atau 500.

Cara ini lebih mudah dan disenangi oleh rakyat Gambia. Tambahan pula, penipuan sukar dilakukan kerana proses pengiraan guli-guli ini dilakukan di hadapan orang ramai.

Papan berlubang digunakan untuk memudahkan mengira guli kaca.
Kiraan dilakukan secara terbuka dan cara ini dianggap lebih jujur dan penipuan juga tidak berlaku.

Asal ‘ballot’ dari bebola kecil

Tahukah anda, dari mana undian menggunakan bebola kaca ini bermula? Sebenarnya, pada zaman dahulu kebanyakan sistem undian menggunakan alat bulat seperti bebola kecil yang akan dimasukkan ke dalam sesebuah bekas untuk menentukan undian.

Daripada situ juga muncul perkataan ‘ballot’ yang kita fahami hari ini sebagai proses pengundian. Ini kerana bebola kecil yang digunakan itu adalah ‘ball’ yang diambil dalam istilah ‘ballot. Perkataan ‘ballot’ pula merupakan istilah Inggeris yang dipinjam daripada bahasa Itali iaitu ‘pallotte’ yang bermaksud bola kecil.

Sistem undian menggunakan bebola kecil yang membawa kepada penggunaan perkataan ‘ballot’ ini mula digunakan sejak abad ke-16 di Eropah, sebelum kaedah itu ditukar menggunakan kertas undi.

Pada hari ini, Gambia merupakan negara yang masih mengekalkan tradisi asal pengundian itu dengan menggunakan bebola kecil. Walaupun ada yang menyarankan agar sistem tradisional itu ditukar kepada cara moden sekarang iaitu menggunakan kertas undi, namun Gambia masih tetap meneruskan cara lama kerana ia lebih sesuai memandangkan kadar celik huruf di negara itu masih rendah.

Malah, pemerhati pilihan raya yang terdiri daripada wakil Kesatuan Eropah dan negara-negara Komanwel turut memuji sistem undian tradisional di Gambia kerana kiraan berasaskan guli kaca itu dianggap lebih telus.

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kecoh dakwaan Kuil Ular jadi tempat memohon hajat orang Islam, Malar dedah cerita sebenar

Isu berkaitan sebuah rumah ibadat yang dikenali sebagai Kuil Ular kembali menjadi perbualan di media sosial. Sebelum ini, Mastika mendapat...

More Articles Like This