PRU-15: PM seru Keluarga Malaysia tunaikan tanggungjawab

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru seluruh Keluarga Malaysia untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), esok.

Dalam rakaman video, Perdana Menteri turut mendoakan supaya pengundi yang pulang tunaikan tanggungjawab supaya berhati-hati di jalan raya.

Pada masa sama, beliau turut berharap mana-mana pihak tidak membuat sebarang provokasi yang boleh mencetuskan suasana yang tidak aman.

“Saya menyeru Keluarga Malaysia untuk pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan berhati-hati di jalan raya.

“Saya juga berharap jangan membuat sebarang provokasi yang mencetuskan ketidakamanan sepanjang berkempen dan kempen dua minggu ini tidak patut dijadikan platform untuk memecahbelahkan Keluarga Malaysia,” katanya dalam rakaman video tersebut.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa Barisan Nasional (BN) akan memastikan kemakmuran dan kestabilan negara.

Baca artikel berkaitan: Lebih banyak insentif untuk penjaja, peniaga kecil – PM

Selain itu, beliau berkata, BN juga akan mengukuhkan pembangunan negara secara inklusif.

Sementara itu, memetik laporan Bernama, Perdana Menteri turut berharap proses pengundian PRU-15 esok berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Beliau yang juga penyandang Parlimen Bera berharap momentum keharmonian sepanjang tempoh berkempen yang menyaksikan tiada kejadian kekecohan besar berlaku, berkekalan sehingga tamat proses pengumuman keputusan dan pasca pilihan raya.

Ismail Sabri juga berharap semua pihak termasuk penyokong parti untuk menerima apa juga keputusan PRU15 yang akan diumumkan esok.

“Kita terimalah (keputusan PRU15) dengan semangat tinggi tanpa menimbulkan kekecohan… terima keputusan rakyat dengan hati terbuka.

Kita tidak mahu macam dulu yang mana orang berarak pakai baju hitam selain mengeluarkan pelbagai tuduhan hingga mencetuskan provokasi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan sangkal dakwaan gagal tangani peningkatan hutang secara berkesan

KERAJAAN MADANI tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa isu kewangan negara dan peningkatan hutang gagal ditangani secara berkesan. Sebaliknya tegas Kementerian...

More Articles Like This