Seorang maut ketika konvoi motosikal 4 beradik balik kampung

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal maut selepas hilang kawalan sebelum terjatuh ke bawah treler ketika memotong kenderaan itu di Kilometer 54.2, Lebuhraya Karak, 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kemalangan melibatkan sebuah lori treler dipandu lelaki berusia 29 tahun dan tiga buah motosikal yang dinaiki oleh empat beradik berusia 19 hingga 30 tahun.

Beliau berkata, penunggang dan pembonceng motosikal masing-masing dalam perjalanan pulang dari Damansara ke Jerantut, Pahang.

“Siasatan mendapati mangsa, Mohd Hazman Faiz Ismail, 30, yang menunggang motosikal Yamaha Y16ZR telah cuba memotong lori sebelah kiri, tetapi hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjatuh ke bawah treler.

Baca artikel : Lelaki maut kemalangan babitkan tiga treler, dua kenderaan di Slim River

“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, penunggang motosikal Yamaha LC135 pula sempat membrek sebelum terlanggar tayar lori treler lalu terjatuh dan mengalami cedera ringan.

Sementara motosikal Yamaha Y15ZR yang dinaiki dua beradik sempat membrek dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zaiham berkata, kes kini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia ucap tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang tahun penubuhan ke-105

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang...

More Articles Like This