Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. GAMBAR: Abd Razak Aid

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedih dengan pemergian calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Md Yunus Ramli yang meninggal dunia awal pagi ini.

Muhyiddin berharap keluarga Allahyarham terus tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan itu.

“Ia berita yang amat menyedihkan. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga (Md Yunus),” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengundi bagi kawasan Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar hari ini.

Baca artikel lain: PAS zahir takziah kepada keluarga calon PN di DUN Tioman

Muhyiddin turut ditemani isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Md Yunus, 61, disahkan meninggal dunia di Hospital Rompin, Pahang pada 3.30 pagi ini, selepas dikejarkan ke hospital itu oleh ahli keluarganya dipercayai akibat serangan jantung.

Dalam pada itu, Muhyiddin menasihatkan semua pengundi untuk keluar awal mengundi kerana bimbang banjir akan berlaku jika hujan lebat berterusan.

Bagaimanapun, beliau melihat cuaca hujan hari ini di Muar tidak menjadi penghalang pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

“Jadi keluar mengundi seawal mungkin adalah lebih baik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram