PN sedia cabar BN dalam PRN Johor, fokus isu rakyat

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

DATUK Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan Perikatan Nasional (PN) telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuat kuasa semalam.

Ahmad Samsuri selaku Pengerusi PN berkata, gabungan itu akan memasuki gelanggang PRN dengan pendekatan matang dan profesional, selain meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Beliau berkata, pilihan raya bukan sekadar medan pertandingan politik, sebaliknya peluang untuk menawarkan penyelesaian terhadap pelbagai isu yang membelenggu rakyat.

“Antara isu yang perlu diberi perhatian ialah kos sara hidup, peluang pekerjaan, pembangunan ekonomi negeri, integriti pentadbiran dan masa depan negara.

“Perikatan Nasional akan memasuki gelanggang pilihan raya ini dengan penuh tanggungjawab, matang dan profesional serta meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pengumuman Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengenai pembubaran DUN Johor bagi membolehkan mandat baharu diperoleh menerusi PRN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat khas dalam masa terdekat bagi menetapkan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari pengundian.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri turut menyeru seluruh kepimpinan, jentera dan ahli parti komponen PN supaya memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi PRN.

Katanya, usaha itu perlu digerakkan dengan semangat kebersamaan, disiplin dan kesatuan tindakan bagi memastikan gabungan berkenaan tampil sebagai alternatif yang diyakini rakyat.

Pada masa sama, beliau mengingatkan semua pihak supaya mengelakkan sebarang bentuk provokasi melampau sepanjang kempen pilihan raya.

“Politik kebencian dan perpecahan perlu diketepikan.

“Sebaliknya, kita perlu menampilkan politik yang lebih tenang, berfakta dan berorientasikan solusi,” katanya.

Beliau berkata, PN akan terus membawa agenda pentadbiran yang stabil, bersih dan prihatin demi masa depan Johor serta negara yang lebih baik.

Katanya, gabungan itu yakin mampu memberikan saingan sengit dalam PRN Johor dengan sokongan rakyat dan kerjasama semua parti komponen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This