PRU-15: Hairul Azreen & Hanis Zalikha akhirnya keluar mengundi

Dari Penulis


DALAM ramai pengiat seni, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha antara yang paling menjadi perhatian warganet yang mahu melihat mereka turun mengundi pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Hairul dan Hanis berkongsi momen sebaik selesai membuang undi di Pusat Mengundi.

“Kami ‘first time’ (pertama kali),” kata Hairul dan Hanis ringkas.

Menerusi pemerhatian URTV di ruangan komen, rata-rata peminat memuji tindakan mereka yang sama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.

“Alhamdulillah akhirnya. Barang yang lepas jangan dikenang wahai netizen semua.

“Punya banyak filem patriotik berlakon. Okaylah tu dah ada kesedaran.

“Akhirnya. Baguslah macam ni. Sebagai selebriti kenalah tunjuk contoh yang terbaik.

“Tahniah dan selamat menunaikan tanggunjawab untuk negara.

“Nasib pergi mengundi,” tulis peminat.

Terdahulu, pada PRU14, pasangan ini teruk dikecam selepas dilihat tidak menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This