Seorang lagi Ahli Dewan Rakyat sokong Muhyiddin jadi PM – Hamzah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

DEBARAN gabungan parti manakah yang bakal jadi kerajaan serta siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri semakin dirasai dengan pelbagai kejutan berlaku sejak keputusan pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dimuktamadkan.

Terbaharu, Perikatan Nasional (PN) memaklumkan yang gabungan parti itu telah menerima satu lagi Surat Akuan Berkanun daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat hari ini.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Surat Akuan Berkanun itu menyatakan kepercayaan kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10.

“PN telah menerima satu lagi Surat Akuan Berkanun daripada seorang lagi Ahli Dewa Rakyat yang menyatakan kepercayaan kepada Muhyiddin untuk dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.

“Surat Akuan Berkanun ini telah dihantar ke Istana Negara pagi ini,” katanya.

Baca lagi: GRS sokong Muhyiddin sebagai PM – Hajiji

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan melanjutkan proses bagi ketua parti politik dan gabungan parti politik mengemukakan gabungan parti-parti politik bagi pembentukan kerajaan baharu dan calon Perdana Menteri sehingga 2 petang ini.

PRU15 berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan parti politik mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

PRU15 pada Sabtu lepas menyaksikan gabungan parti antaranya Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional (73), manakala Barisan Nasional (30).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This