Pembentukan kerajaan Pahang: Tuan Ibrahim – Wan Rosdy telah berbincang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WAKIL Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah pun mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung pembentukan Kerajaan Negeri Pahang.

Pengesahan berkaitan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang itu disahkan Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Kata beliau, perbincangan lanjut akan berterusan hari ini.

“Berkaitan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang, wakil Majlis Tertinggi PN, Tuan Ibrahim telah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi PN Pahang, Wan Rosdy.

“Hari ini, akan diadakan perbincangan selanjutnya,” katanya dalam hantaran itu.

Baca artikel berkaitan: BN, PH bentuk kerajaan di Pahang?

Semalam. Saifuddin dalam kenyataan memaklumkan, Majlis Tertinggi PN telah melantik Tuan Ibrahim untuk mengetuai rundingan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang.

Menurut beliau, PN Pahang akan meneruskan rundingan bagi membentuk Kerajaan Negeri Pahang seberapa segera.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) Pahang mengesahkan sudah pun memulakan rundingan dengan BN Pahang bagi membentuk kerajaan negeri setelah tiada parti memperoleh majoriti mudah.

Pengarah Strategi PH Pahang, Ahmad Nizam Hamid dilaporkan berkata, rundingan antara dua parti tersebut telah berjalan dalam suasana muhibbah.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), PN Pahang menang tujuh kerusi Parlimen dan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, Pahang masih dalam keadaan tergantung apabila Barisan Nasional (BN) menang 16 kerusi DUN dan lapan Pakatan Harapan (PH).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hantaran undang padah, warga Bangladesh ‘kantoi’ miliki dua pasport ditahan

HANTARAN tular di platform media sosial memaparkan seorang lelaki memegang dua pasport mengundang padah selepas warga Bangladesh itu ditahan...

More Articles Like This