Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein GAMBAR: Abd Razak Aid

BENDAHARI Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal spekulasi kononnya beliau ditawarkan jawatan Perdana Menteri (PM) Ke-10 oleh Perikatan Nasional (PN).

Spekulasi itu tersebar selepas sebuah portal berita melaporkan kononnya PN menyokong Hishammuddin dilantik sebagai PM Ke-10 sekiranya kedua-dua gabungan itu membentuk kerajaan perpaduan.

Dalam hantaran di Facebook, Hishammuddin menegaskan dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.

Malah, Ahli Parlimen Sembrong itu turut menegaskan beliau tidak terlibat dalam sebarang rundingan sama ada dengan PN mahu pun Pakatan Harapan (PH).

Hishammuddin berkata, beliau juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media tersebut jika tidak menarik balik artikel berkenaan.

“Ramai menyebarkan artikel ini – saya ingin mengesahkan bahawa dakwaan ini tidak benar sama sekali.

“Saya tidak sesekali terlibat dalam sebarang rundingan, sama ada dengan PN mahu pun PH.

Baca artikel berkaitan: BN sokong Kerajaan Perpaduan, tidak mahu diterajui Perikatan Nasional

“Saya juga tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan PN didakwa menawarkan BN jawatan PM Ke-10 sekiranya kedua-dua gabungan itu membentuk kerajaan perpaduan.

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah membuat ketetapan untuk membentuk kerajaan perpaduan yang bukan diterajui PN.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, MKT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen untuk mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan nanti.

Selain itu, jelas beliau, MKT juga bersetuju memperkukuhkan sokongan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kekal menerajui BN sebagai Pengerusi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram