Steinbruckner ganti Nafuzi kendali Terengganu FC

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TERENGGANU FC membuat percaturan awal untuk menghadapi musim 2023 apabila melantik Tomislav Steinbruckner bagi menggantikan Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih pasukan berkenaan.

Steinbruckner yang berusia 56 tahun dan berasal dari Croatia itu sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Teknikal pasukan berkenaan sejak Mac tahun ini.

Dalam hantaran di Facebook, Terengganu FC memaklumkan Steinbruckner bakal membimbing pasukan itu selama satu tahun mulai 1 Disember 2022 sehingga 31 Disember 2023.

Tugas berat menanti bekas pengendali T-Team FC itu apatah lagi Terengganu FC bakal beraksi di Asia selepas muncul naib juara Liga Super tahun ini.

“Semestinya cabaran untuk mengendalikan pasukan Terengganu FC adalah besar kerana pasukan ini mengakhiri saingan Liga Malaysia dengan rekod yang baik.

“Pengurusan kelab dan penyokong juga ingin melihat rekod yang lebih cemerlang dapat dicapai bagi saingan musim 2023.

“Namun, beliau mengambil tanggungjawab ini dan bersedia memberikan khidmat terbaik untuk kelab ini,” kata hantaran tersebut hari ini.

Baca artikel berkaitan: TFC tawar kontrak baharu, mahu kekal khidmat Nafuzi

Steinbruckner memulakan kariernya sebagai pemain bersama kelab negaranya, Osijek pada 1984 hingga 1992 sebelum berhijrah ke kelab Belisce dalam liga sama.

Pemain yang beraksi di posisi tengah itu menamatkan kariernya sebagai pemain dengan kelab Singapore Armed Forces FC pada musim 1999 sebelum bergelar jurulatih bersama kelab dalam Liga Croatia, NK Osijek pada 2008.

Musim ini beliau memegang jawatan pengarah teknikal bermula Mac lalu bagi menggantikan bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim.

Kehadiran Steinbruckner yang pernah membimbing pemain kebangsaan seperti Safawi Rasid, Arif Fadzilah Abu Bakar dan pemain Selangor FC, Norhakim Hassan pasti bakal merancakkan lagi kancah Liga M selepas kali terakhir menjawat jawatan ketua jurulatih pada 2015 ketika membimbing kelab T-Team yang berpangkalan di Terengganu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This