KEPIMPINAN tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kunjungan hormat yang berlangsung hampir dua jam itu di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, pagi tadi.
Menurut Facebook PDRM, pertemuan tersebut membincangkan isu-isu semasa dan taklimat berhubung keselamatan negara.
Baca artikel berkaitan: Video provokasi 13 Mei: SKMM, PDRM panggil pengurusan TikTok
Hantaran tersebut memaklumkan, kunjungan hormat berkenaan turut disertai Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bersama barisan Pengarah PDRM.
Ia merupakan pertemuan pertama kepimpinan PDRM selepas pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Polis, Deputi Komisioner Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

