KERAJAAN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang bukanlah kerajaan Pakatan Harapan (PH) maka segala slogan atau perjuangan parti itu boleh ditolak.
Oleh yang demikian, bukan menjadi isu sekiranya Perdana Menteri mengambil mereka yang terpalit dengan masalah menjadi sebahagian daripada anggota Kabinet.
Malah, penganalisis politik Pusat Perdana Fakulti Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, mereka yang dikatakan sebagai bermasalah itu belum terbukti bersalah oleh sistem perundangan.
Tegasnya, apa menjadi keutamaan ketika ini adalah membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan yang boleh mewujudkan kestabilan pada masa sama menyelamatkan rakyat.
“Sebab sekarang ini mereka nak selesai negara dahulu, itu beza dia, No Anwar No DAP dah tak pakai sekarang ini.
“Sebab apa sekarang ini bukan kerajaan PH, orang tak boleh dakwa ini kerajaan PH, ada 82 kerusi sahaja, tiada majoriti pun, kalau tiada UMNO mana boleh tubuh kerajaan.
“Kecuali kalau dapat 112 (kerusi) PH belaka, itu barulah orang boleh persoalan kalau dia (Anwar) lantik kluster mahkamah, kerana sudah melanggar prinsip.
“Sekarang ini tak boleh kata langgar prinsip, sebagai mana kita tahu sistem keadilan Malaysia selagi dia belum bersalah dia didapati tidak bersalah,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.
Pada masa sama, Mazlan berkata, tindakan Anwar untuk meminta sedikit masa dalam membentuk Kabinet bukanlah perkara pelik sebaliknya ia suatu keperluan.
Katanya, ini adalah Kerajaan Perpaduan dan bukannya Kerajaan Campuran, justeru pelbagai tuntutan perlu dipenuhi dalam memastikan semua pihak berpuas hati.
“Kerajaan Perpaduan ini membabitkan banyak parti yang sebelum ini mereka bukan sekutu pun, dia parti yang saling bertanding di antara satu sama lain.
“Banyak perkara yang perlu dilihat Perdana Menteri kerana dia ada perjanjian dengan parti-parti yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan.
“Sebab ini kali pertama berlaku dalam Malaysia, banyak perkara yang perlu dipertimbang tengok supaya semua pihak puas hati dan pelantikan memenuhi perjanjian,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

