[VIDEO] “Ada yang menangis teresak-esak bila dengar suara saya dalam telefon…,” – Nash sangkal dirinya kritikal, maafkan penyebar berita palsu

Dari Penulis

PENYANYI Datuk Nash menyangkal dakwaan dirinya kini berada dalam keaadan kritikal akibat sakit pinggang seperti yang dilaporkan portal tempatan yang tidak beretika.

Sebaliknya, menurut Nash dia hanya mengalami kekejangan otot hingga terpaksa duduk di atas kerusi roda ketika mendapatkan rawatan di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekarang ini masih sakit, jalan macam orang umur 90 tahun…,” – Nash alami kekejangan badan hingga sukar bergerak

Jelas Nash atau Nashrudin Elias,63, kesan daripada penyebaran berita palsu itu telah menyebabkan ahli keluarganya termasuk saudara-mara dan rakan-rakan menangis ketika menghubunginya bagi bertanyakan keadaan sebenar.

“Memang saya kena sakit pinggang yang amat sangat, tapi tidaklah sampai kritikal.

“Sehinggakan ada saudara-mara serta adik-beradik dan juga sahabat baik telefon bertanya betul ke saya ni dalam keadaan teruk sangat dan kritikal.

“Ada yang menangis teresak-esak bila dengar suara saya dalam telefon. Apa pun saya maafkan mereka yang buat laporan perkara yang tak betul dan juga mereka yang muat naik kembali gambar semasa saya terbabit dalam kemalangan jalan raya dua tahun lepas.

“Tak apalah perkara dah pun berlaku, saya maafkan. Terima kasih sekali lagi dan saya juga doakan yang baik-baik untuk semua. Aamiin Ya Rabbal Alamiin,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Dalam hantaran sama, Nash sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan di Facebook atas doa yang diberikan.

“Terima kasih kepada seluruh peminat-peminat atau penggemar-penggemar saya di seluruh negara termasuk di Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan juga sahabat saya di Mekah.

“Alhamdulillah saya mendapat doa dan nasihat penuh kasih sayang daripada mereka berkenaan kesihatan saya,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This