Nash kemalangan, kereta terbabas langgar penghadang jalan

Dari Penulis

Legenda rock terkenal Datuk Nash cedera dalam satu kemalangan di KM250.8, berhampiran Plaza Tol Senawang, Seremban, Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara petang ini.

Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias dilaporkan mengalami kecederaan luka di muka dan sakit dada.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 4 petang.

“Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Harrier yang dinaiki mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur bersama pemandunya.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa telah melanggar lopak air menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya,” katanya.

Keadaan kereta yang dinaiki Nash selepas terlibat dalam kemalangan.

Tambahnya, akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan luka di muka dan sakit dada, manakala pemandu kenderaan berusia 33 tahun pula mengalami kecederaan luka-luka ringan.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This