Tabung Kecemasan Nad Zainal ditutup, sumbangan RM43,987.50 telah diserahkan kepada pihak keluarga

Dari Penulis

TABUNG kecemasan Nad Zainal yang dilancarkan sejak 29 November lalu berjaya meraih sumbangan sebanyak RM43,987.50.

Menurut pelakon Sharifah Sakinah, sumbangan tersebut telah diserahkan kepada ibu dan bapa Nad untuk urusan pembayaran bil hospital.

“Salam semua, mewakili ibu bapa kepada Nad Zainal, kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan daripada rakan-rakan yang berada dalam bidang industri yang telah menghulurkan sumbangan ketika sahabat sedang memerlukan.

“Termasuklah rakan-rakan artis, sahabat dan guru-guru dari ASWARA, penerbit TV, rakan-rakan media, industri fesyen, tata rias dan peminat-peminat Nad Zainal,” kata Sakinah menerusi hantaran di Instagramnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Paru-paru belum cukup kuat, Nad Zainal ditidurkan semula, Tabung Kecemasan Nad Zainal dilancarkan, bantu ringankan keluarga bayar kos rawatan

Menerusi hantaran sama, Sakinah memaklumkan bahawa sumbangan menerusi akaun Thespian Legacy dihentikan.

“Buat masa ini, kami akan menghentikan dahulu kutipan menggunakan akaun Thespian Legasy.

“Terima kasih kepada semua atas titipan doa dan sumbangan yang telah diberikan kepada sahabat kita. Semoga semua usaha kita ini dipermudahkan dan semoga sahabat kita kembali sihat,” tulisnya.

Untuk rekod, Nad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital KPJ Ampang Puteri akibat pendarahan dalam paru-paru dan jangkitan kuman.

Nad juga ditidurkan buat kali kedua berikutan paru-parunya gagal berfungsi dengan baik selain paras oksigennya yang masih belum stabil.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This