LEMBAGA Tabung Haji (TH) menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita tular di media sosial berhubung tarikh pengeluaran surat tawaran haji, rayuan haji, syarat kelayakan bakal haji dan kriteria pemeriksaan kesihatan.
Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman memaklumkan, tarikh pengeluaran surat tawaran haji kepada bakal jemaah terpilih bagi musim 1444H/2023M belum dikeluarkan.
Menurut beliau, tarikh pengeluaran surat tawaran haji itu akan diumumkan menerusi platform-platform komunikasi rasmi TH kelak.
Syed Saleh berkata, setelah tarikh pengeluaran surat tawaran haji diumumkan, bakal jemaah boleh melayari www.thijari.com.my atau memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak dan menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan.
Baca artikel berkaitan: Untung bersih Tabung Haji menurun kepada RM1.03 bilion, perbelanjaan haji meningkat
“Berita tidak sahih tersebut telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan TH menerima banyak pertanyaan berkenaannya.
“Bakal jemaah haji dinasihatkan untuk menunggu pengumuman rasmi status ibadah haji yang akan dimaklumkan sebaik sahaja jumlah kuota, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaannya untuk musim haji telah diputuskan Kerajaan Arab Saudi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, TH dalam kenyataan sama turut memaklumkan sedang menganjurkan kursus asas haji selama 13 minggu.
Kenyataan itu memaklumkan, kursus asas haji itu berlangsung mulai 25 November sehingga 17 Februari 2023 sebagai persediaan melengkapkan bakal-bakal haji dengan ilmu pengetahuan berkaitan ibadah haji serta mendapat gambaran suasana terkini di tanah suci.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram