Untung bersih Tabung Haji menurun kepada RM1.03 bilion, perbelanjaan haji meningkat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TABUNG Haji mencatatkan untung bersih sebanyak RM1.03 bilion dalam tempoh enam bulan pertama sehingga 30 Jun 2022 berbanding RM1.22 bilion tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun, Tabung Haji dalam kenyataan memaklumkan, jumlah deposit telah merekodkan RM88.09 bilion iaitu paras tertinggi sejak 59 tahun penubuhan institusi tersebut.

Menurut Tabung Haji, kepercayaan dan sokongan kepada institusi berkenaan kekal utuh di mana lebih 200,000 akaun simpanan baharu telah dibuka sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Katanya, ia sekali gus menyaksikan peningkatan jumlah keseluruhan pendeposit kepada 8.6 juta orang.

Namun begitu, Tabung Haji berkata, penurunan untung bersih dalam separuh pertama 2022 ini adalah setelah mengambil kira perbelanjaan bantuan kewangan haji bagi musim 1443H/2022.

Institusi itu memberitahu, jumlah perbelanjaan bantuan kewangan haji dijangka meningkat kepada RM185.7 juta apabila musim haji 1443H/2022 tamat dalam suku ketiga nanti.

“Kos haji bagi musim tahun ini adalah RM28,632 bagi setiap jemaah berbanding anggaran awal sebanyak RM25,540 bagi setiap jemaah.

“Ia merupakan peningkatan berbanding tahun 2019 apabila kos haji pada tahun itu adalah sebanyak RM22,900 seorang. Tabung Haji tidak menghantar jemaah dari Malaysia pada tahun 2020 dan 2021.

“Perbelanjaan Tabung Haji meningkat sebanyak RM134.42 juta pada separuh tahun 2022 kepada RM437.30 juta kerana bantuan kewangan haji yang terus ditanggung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tabung Haji perkasa perkhidmatan melalui cawangan bergerak

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, pendekatan pelaburan yang mengutamakan keselamatan pulangan mencerminkan komitmen institusi tersebut melindungi kepentingan pendeposit dengan memelihara dan meningkatkan simpanan bagi memenuhi kewajipan Rukun Islam kelima.

“Tabung Haji sentiasa menghargai sokongan pemegang taruh terutama pendeposit.

“Melangkah ke hadapan, Tabung Haji akan meneruskan usaha meningkatkan pendapatan melalui pelaburan dan menguruskan kos operasi dengan lebih cekap untuk memastikan agihan keuntungan yang mampan dan stabil untuk pendeposit.

“Tabung Haji juga akan terus fokus terhadap tahap tadbir urus, pematuhan dan integriti yang tinggi demi kebaikan institusi serta pendeposit,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This