Tanah runtuh di Raub, tiada mangsa terlibat

Dari Penulis

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh di laluan belakang premis perniagaan di Jalan Tun Razak di bandar Raub, hari ini.

Ketua Zon 3 JBPM Pahang Sharulnizam Nasir bagaimanapun berkata runtuhan tanah daripada ketinggian 15 meter dan membabitkan kawasan seluas 30 meter itu tidak melibatkan mangsa.

“Pihak bomba dimaklumkan kejadian pada 2.45 petang dan pemeriksaan dilakukan bagi memastikan kawasan itu selamat. Pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Baca artikel lain: Tanah runtuh Batang Kali: Proses gali tanah berperingkat elak mayat terkena jentera – Bomba

Sementara itu, Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui menerusi status di akaun Facebooknya memaklumkan Majlis Daerah Raub (MDR) akan melakukan kerja pembersihan runtuhan dan menutup laluan belakang bangunan terlibat dengan segera.

“Saya menasihatkan peniaga (di premis terlibat) supaya memastikan tiada pekerja atau sesiapa menetap di bilik belakang bangunan itu kerana dibimbangi jika kejadian berulang, ia boleh membahayakan nyawa,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This