KEMENTERIAN Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington mengesahkan tiada warganegara Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Mount Maunganui, New Zealand.
Menurut Kementerian Luar, pihaknya sedang memantau rapat perkembangan kejadian itu yang berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi waktu tempatan.
“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa New Zealand yang berkaitan serta Persatuan Malaysia Auckland berhubung insiden tersebut,” jelas Kementerian Luar dalam kenyataan.
Kementerian Luar menambah, pihaknya akan terus memantau perkembangan insiden ini secara dekat dan akan menyalurkan maklumat terkini sekiranya perlu.
Katanya, warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia menerusi butiran berikut:
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington
Tel: +64-4-385 2439 (Talian Utama)
Kecemasan: +64-21-044 0188 (Bantuan Konsular Luar Waktu Pejabat)
E-mel: [email protected]
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

