Julia Farhana & Dr Che Hafiz dah kahwin 14 Disember lalu, baru balik ‘honeymoon’ di Indonesia

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

AKTRES Julia Farhana Marin mendedahkan dirinya sudah selamat bernikah dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum di sebuah hotel di ibu negara pada 14 Disember lalu.

Julia memohon orang ramai mendoakan kebahagian rumah tangganya bersama Dr Che Hafiz agar berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.

“Saya mahu berkongsi bahawa saya sudah rasmi menjadi isteri kepada Dr Che Hafiz dan ini adalah gambar tidak rasmi majlis pernikahan kami yang dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

“Perkongsian yang dimuat naik ini sebagai pengumuman bagi memaklumkan kami berdua sudah sah bergelar suami isteri. Kami ingin memohon maaf di atas kelewatan pengumuman ini kepada kawan-kawan dan rakan-rakan media.

“Dengan rendah hati, kami ingin memohon maaf kerana mahukan majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat saja.

“Kami suami isteri ingin memohon doa dan yang baik-baik untuk menjalani bahtera perkahwinan ini. Terima kasih semua,” katanya.

Dalam pada itu, Julia ketika dihubungi sebentar tadi, berkata, dia dan suami memilih Indonesia sebagai lokasi berbulan madu.

Sementara itu, Dr Che Hafiz menzahirkan rasa syukur apabila majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bakal kahwini bapa tunggal, Julia Farhana terima jodohnya dengan Dr Che Hafiz

Malah, dia dan Julia tidak menolak untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah, selepas majlis pernikahan, kami terus terbang ke Indonesia untuk berbulan madu. Kami baru sahaja pulang ke Malaysia hari ini.

“Syukur semuanya berjalan lancar. Jika ada rezeki menimang anak, kami menerima dengan hati terbuka.

“Saya mohon doa orang ramai agar bahtera rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Semoga kami dapat menjadi pasangan yang sentiasa diberkati, Insya-Allah,” ujarnya.

Sebelum ini, Dr Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 sebelum bercerai pada 17 Jun 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Laana Haura yang kini berusia lima tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This