Puteri Sarah tak dapat jangka apa kesudahan hubungan rumah tangganya dengan Syamsul Yusof

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Puteri Sarah Liyana tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas lanjut berhubung status rumah tangganya bersama pengarah Syamsul Yusof yang masih menjadi teka-teki sehingga kini.

Menurut Puteri Sarah,37, dia tidak dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan, namun berharap masih ada sinar untuk dirinya dan anak-anak.

“Nak kata berlaku perubahan besar tunggulah nanti, tapi saya tetap mengharapkan sesuatu yang positif bakal berlaku. Semua pihak mendoakan perkara yang terbaik untuk saya dan anak-anak.

“Orang boleh bercakap apa sahaja, suruh buat itu dan ini Insya-Allah apa yang saya nak, anda akan tahu nanti,” katanya kepada URTV.

Menjawab soalan apakah dia akan berpisah dengan Syamsul selepas pelbagai kemelut yang berlaku dalam rumah tangga mereka, Puteri Sarah bagaimanapun hanya meletakkan keputusan itu kepada Yang Maha Esa

“Saya tak tahu, Allah yang tentukan. Saya dah lama reda sebaik saya buat pendedahan dan apa yang terjadi. Saya tak ada rasa nak toleh belakang atau rasa menyesal.

“Jadi, azam tahun depan semoga saya mendapat sinar kebahagiaan walau apa keputusan yang saya pilih selepas ini. Saya berharap doa orang ramai.

“Saya tak sangka apabila saya dedahkan perkara ini ramai rupanya yang menyokong, tidak kurang juga yang marah dengan pendedahan ini.

“Kepada anda yang mengalami nasib sama seperti saya jangan takut untuk bertindak. Jangan menzalimi diri anda dan silalah keluar daripada perhubungan toksik,” ujarnya.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap seorang wanita dikenali Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangganya.

Kisah kemelut rumah tangga pelakon drama Suri Hati itu terus menjadi perhatian dan didakwa berantakan.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwina itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This