[VIDEO] Kongsi kisah dipukul bekas kekasih, Diana Danielle tak ada niat nak ungkit hal lama

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON dan penyanyi, Diana Danielle, 31, tidak berniat untuk mengungkit kisah penderaan yang pernah dilalui dengan bekas kekasihnya sebelum mendirikan rumah tangga dengan Farid Kamil.

Ujar Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, dia tidak menyangka perkongsiannya berkenaan isu penderaan fizikal di YouTube mendapat perhatian ramai.

“Saya tak berniat nak ungkit cerita lama. ia sekadar perkongsian sahaja. Bukan niat saya, orang pun tahu saya jenis orang yang bukan suka cari gaduh.

“Sebenarnya saya pernah mendedahkan perkara ini 10 tahun lalu, tapi mungkin ramai peminat muda yang tak tahu.

“Kita juga bercakap mengenai kesihatan mental dan bagaimana cara untuk meneruskan hidup. Sepanjang lebih satu jam berkongsi, tak sangka pula perkara itu yang menjadi perhatian, benda itu yang orang fokuskan.

“Bila saya dengar semula rakaman terbabit, ramai yang mesej secara peribadi dan berterima kasih kerada ada perkara yang saya sentuh memberi semangat kepada mereka serta memberi ruang mereka bercerita mengenai pengalaman mereka, bukan hanya berkisar mengenai apa yang saya perkatakan,” katanya kepada URTV.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi kisah dipukul bekas kekasih, Diana Danielle tak ada niat nak ungkit hal lama

Diana berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi RR Cruise di RR Flagship Store Shoppes Four Season Place, Kuala Lumpur, hari ini.

Jelas Diana,selepas pendedahan tersebut, dia berasa serba salah kerana terlalu terbuka berkongsi pengalaman pahitnya kepada umum.

“Dalam hati saya wujud rasa serba salah apabila saya berkongsi mengenai perkara itu kerana saya tak maksudkan sesiapa.

“Saya tak boleh nak salahkan orang lain jika kita sendiri yang memulakan sesuatu,” jelasnya.

Sementara itu, Diana menganggap apa yang berlaku sebelum ini sebagai pengajaran buat dirinya.

“Ia menjadi pengajaran. Dalam hidup ini, manusia tak lari daripada buat kesalahan atau membuat orang lain terasa hati.

“Kita belajar menjadi insan yang lebih baik dan belajar buat keputusan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga.

“Semua orang ada pengalaman yang berbeza, buatlah keputusan yang terbaik, lebih-lebih lagi bila kita ada anak, jika kita tak kuat untuk diri sendiri, kita kena kuat demi anak-anak supaya mereka tak perlu menjalani hidup yang penuh kekerasan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This