Tergamak pukul kucing dengan kejam hingga mati, akhirnya Wanita ini mendapat balasan dari Allah

Dari Penulis

Firman Allah s.w.t dalam surah Taha, “Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman.”

Satu kisah mengenai seorang wanita yang mempunyai seekor kucing peliharaan. Malangnya, wanita tersebut sering bertindak kejam ke atas kucingnya itu. Satu hari, Rasulullah telah diberitahu oleh sahabatnya tentang tindakan wanita kejam itu.

Dia seorang yang panas baran. Apabila dia marah, sudah pasti kucing peliharaannya itu disepak keluar dari rumah dan dibiarkan tidur di tepi jalan.

“Dia tidak menjaga kucingnya dengan baik, dan langsung tidak memberi makan dan minum kepada ciptaan Allah itu,” kata sahabat Rasulullah s.a.w.

Disebabkan itu, kucingnya menjadi sangat kurus dan bulunya mula gugur. Tidak lama kemudian, kucing itu menjadi takut dengannya. Setiap kali wanita kejam itu menghampirinya, kucing itu akan menangis dan menyorok di bawah meja.

Jirannya yang sering melihat perbuatan wanita kejam itu datang berjumpanya kerana marah dengan tindakan wanita tersebut.

“Kau sangat kejam kepada kucingmu. Ia merupakan hamba ciptaan Allah juga, dan kamu sepatutnya menjaga ciptaan Allah ini,” kata jirannya itu.

Wanita tersebut marah dengan teguran jirannya itu.

“Pergi kau dari sini. Aku tahu apa yang aku lakukan pada kucingku. Pergi dari sini!” herdik wanita itu.

Jirannya kecewa dengan sikap wanita itu. Lalu, dia merancang untuk menyelamatkan kucing itu.

“Keluar dari sini binatang kotor! Aku tak perlukan kau di rumah ini,” marah wanita berkenaan. Jirannya melihat kucing itu ditendang keluar dari rumah itu.

Lalu, jiran yang berhati mulia itu mengambil kucing yang malang untuk diberi makanan dan minuman. Dijaganya kucing tersebut sehingga kucing itu tidak lagi kurus dan bulunya kembali sihat.

Tidak lama kemudian, wanita kejam itu kembali mencari kucingnya dan merasakan bahawa kucing itu telah dicuri. Dia meluru serang ke rumah jirannya dalam keadaan yang sangat marah.

“Aku tahu kau yang mencuri kucing peliharaanku. Kau seorang pencuri! Pulangkan semula kucingku,” kata wanita kejam itu.

“Tidak! Kau terlalu kejam dengannya. Aku tidak akan pulangkan semula kepadamu melainkan kau berjanji yang kau akan menjaganya dengan baik,” jawab jirannya itu.

“Baiklah, aku berjanji akan menjaganya dengan baik,” kata wanita kejam itu.

Jirannya mengembalikan kucing itu kepada wanita kejam tersebut. Malangnya, wanita itu lebih kejam dari sebelumnya.

Dia mengikat leher kucingnya itu dengan tali di kerusi tanpa memberikan sebarang makanan dan minuman. Semakin hari, kucingnya semakin kurus dan lemah, lalu mati.

Ia sangat dasyat. Dia seorang wanita yang sangat kejam dan jahat,” kata sahabat Rasulullah s.a.w. sambil menangis. Rasululah bersetuju dan berkata

“Allah sangat benci kepada wanita yang kejam ini.”

Wanita yang berkelakuan kejam kepada kucingnya ini tidak akan diampunkan dosanya, dan Allah akan mencampakkannya ke dalam api neraka. Wallahu a’lam

________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pengurusan Islam Malaysia Diiktiraf di Mekah, Dr. Zulkifli Bawa Suara Negara ke Pentas Global

MALAYSIA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa pemikir dalam dunia Islam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),...

More Articles Like This